|
assalamualaikum. hai ♥
05 December 2012 | 8:09 AM | 3 candie blossom
assalamualaikum
hai semua? apa khabar? baik ke tak? tak ke baik? ehh? hehe saya disini baik-baik saja. hmm nampak tak perasannya tu? takdapun orang nak tanya aien sihat tak, perasan jawab sendiri. hehehe wuu wuu gambar tu masa pergi PD 2hari lepas. comelkan? *angkat kening* hehehe
lepas saya post pasal arwah nenek blog saya terus diam membisu semula. huk sedihnyaaa lama tak update belog! mesti takda masa. dah berhenti kerja pun tetap takda masa. haish haish! rindu sangat nak update belog. dulu selalu update, tak sah kalau tak update. setiap hari you know setiap hari. hehe
sekarang dah bulan 12. pejam celik pejam celik dah bulan 12. mak aih cepatnyaa dah akhir tahun :O sungguh ku tak percaya bulan ini bulan 12 ah ah. *ala ala lagu dangdut* ceh! bulan ni aien dah mula masuk belajar di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah. hah amik! panjang ke idak nama poli saya, hehe duduk Kajang tapi Poli kat kedah. jauh ke dekat? alaa sebelah rumah je. *lap air mata*
belum sambung belajar belog dah jarang update apatah lagi masa dah belajar nanti. kesiannya belog haku woi! *tumbuk dinding* lagi 2hari ni nak pergi Kedah. hai Kedai, hang tunggu cek mai sana. hang tamo lari kang cek menangis nak mengejar hang. paham idak? hahh dah habak kedah dah. ntah betul ke tak aku meraban tu. hantam saja lah. hehe
*cakap dalam hati sambil pandang ke langit* bersediakah aku nak pergi study ni? Kedah. bukan dekat, jauh tu. aien, ingat! kau pergi sana nak study bukan memain. tolong focus bila kau dekat sana nanti. jangan nak enjoy. Tolong banggakan family kau kawan2 kau. ingat tak aien? kau kena ingat. Bila rindu, tataplah gambar okay? hehe ehh? hmmm boleh ke aku bila dah jauh nanti? aku sorang pulak. Insyaallah aku boleh. Insyaallah. Allah kan ada, yee Allah sentiasa dengan aku. *tamat mengelamun*
hahhh! seronok youalls mengelamun tadi. sedih je ayat! hehe hmm Insyaallah saya boleh. belajar hidup berdikari pulak lepas ni. hehe barang-2 nak pergi sana belum packing habis. nampak tak betapa last minitnya saya buat kerja. tolonglah sampai sana jangan nak last minit sangat buat kerja. hmm
nak tahu tak, aien nak tunjuk kawan2 yang rapat dengan aien sekarang. dorang semua gila2 macam aien and memang satu kepala. nak tengok tak? hehe kejap eh kejap.......
nampak tak muka saya macam hantu tepung? hehe yeahhh! ini lah yang saya nak tunjuk. mereka mereka yang saya rapat sekarang. sangat rapat tau! ada lagi kawan yang rapat but mereka takda masa ni, huhu saya takan lupa masa ni. masa birthday saya 7october. mereka buat surprise woi surprise! *lap air mata* terharu sangat! mereka ni kawan kawan masa tempat kerja. Parkson friends! forever friends! yeahhh! saya takan lupakan mereka. sumpah takan lupa. mereka kawan paling gila paling best! love them muchh! eja, kak oli, farrah, min, ace, lan, shah, zul, mok, botak, zam *takda dalam gambar* acap, fendi, qyla, afiq, capik, marol ♥
ini pun sama. sayang jugak. sayang sangat dengan mereka berdua. forever sayang! yang sepet saya tu dah lama gila dah sayang. yang si lopu saya shawl hitam tu baru je sayang dia tahun ni sebab tahun ni baru kenal dia. kikiki takan lupa jugak masa ni. masa ni mereka pun buat surprise birthday untuk saya walaupun birthday dah lepas! *lap air mata* terharu gila. hehe mereka berdua sangat gila jugak. memang bila kami bertiga dah jumpa, dunia pun boleh terbalik. eh? hehe sayang mereka sangat tauuu! muah sayang Farah Maza ♥
yang ini yang ini yang ini adik tercinta saya. kalau dia senyum memang takpernah nak nampak mata. tengok tu! comel sangat macam kakak dia yang pendek ni. ehh? hehe budak manja ni. kakak takan pernah lupa tau sayang! sayang rindu dia sangat! the best adik ever! sayang sangat Dyra ♥
okay yang ni forever love! saya sayang sangat sangat sangat dan sangat lelaki ini. kenalkan kenalkan? hehe inilah buah hati jantung mata hati semuanya lah. dia sentiasa dalam hati saya. 4tahun lebih saya bersama si dia. lama tak lama jugaklah kan? Insyaallah dia lah yang terakhir dalam hidup saya. lepas ni kita dah jauh. pertahankan hubungan kita ye sayang! saya takut hilang awak. takut sangat! iloveyou NikMohdShahriza ♥
arwah nenek tercinta ♥ saya sentiasa merindui nenek saya. semoga nenek tenang dekat sana. 2minggu tepat dah nenek meninggalkan saya. rindu nenek sangat! malam mesti bacakan yassin untuk nenek. saya rindu nenek sangat! sangat! :'( *lap air mata* tengok gambar tu, nenek pelok saya :') hmm sayangg nenek sangat! Insyaallah saya datang ,elawat kubur esok pagi. nenek, tunggu akak ye :') Al-fatihah untuk nenek.
sampai disini sahaja mungkin cerita saya. hehe nak lagi cerita? hari lain kot. kot lah kot. Insyaallah kalau ada masa update lagi. tahu lah rindu tahu lah. hehe lepas ni dah sambung belajar. ohh belajar ohh belajar! aien , kau boleh! kau boleh! Insyaallah, Jaga diri aien. ehh? hehe
aien pasti akan rindu mereka yang di atas ni. pasti akan sangat rinduu! saya takan pernah lupa dan takan sesekali lupa mereka. mereka dihati saya selain family tercinta ♥
AIENROSDI ; belajar dan terus belajar untuk mencapai cita-cita. semangat dan terus bersemangat okay. Insyaallah boleh berjaya. amin! nenek, akak rindu nenek :') #Al-Fatihah.
♥ ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH ALLAH , ILOVEYOU ALLAH ♥
|