|
Siswi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ♥
23 December 2012 | 11:33 PM | 6 candie blossom
Assalamualaikum
hai semua! anda semua sihat tak sihat tak? hehe nampak tak aien sihat tu? ada orang kata kan kan aien makin berisi. ahaks! tipu jeee tau. aien rasa aien cekeding jee. sedihnya!
nak tahu? aien dah jadi siswi sekarang. pelajar IPT tau. hehehe kawan2 aien semua dah masuk sem 2 aien baru nak masuk sem 1 ketinggalan 1 sem. sadis sadis!
aien sekarang belajar dekat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) , Kulim Kedah. satu2nya Politeknik namanya perempuan wuu bangga sekejap! hehe siapa study dekat sini? meh sep sikit! kita geng! ehehe aien duduk kajang tapi belajar dekat Kedah. jauh tak? sadis.
9/12 aien mula daftar dan mulalah orientasi Minggu Haluan Siswa (MHS). lepas daftar ibu bapa dibenarkan balik. masa tu ayah pun balik. sedih je kena tinggal tapi saya tak menangis. kuatkan saya? hikhik!
sepanjang MHS aien rasa kosong gila sebab takda kawan yang satu kepala. sedih sangat! hehe memanjang dengan roomate. roomate pun biasa je. sampai hari terakhir nak habis MHS baru aien jumpa kawan yang satu kepala masing2 dari KL. sangat cool! hehe
lepas MHS habis hari khamis, kami dibenarkan balik sebelum mula kelas pertama hari ahad. kalaulah rumah aien dekat memang aien balik! tapi jauh :( so kena duduk hostel agak sedih lah masa tu tapi takpa ada geng. hehe
sebelum kelas mula kteorang out-ing. 1st ingat Kulim ni takda apa tapi jangkaan saya salah sebab mcm2 ada rupanya. siapa duduk Kulim mesti tahu Giant dekat Kulim tu kan? ada karoke ada wayang ada boling ada mcm2 lagilah. mcm tak percaya. hehe maju jugaklah, eh? haha kami pergi Giant beli barang yang perlu. naik teksi jugaklah nak pergi. huhu
*atas* shaa, aien, hanna, kiyah, shafiqah
*bawah* hanna, aien, jihaa, shaa, shafiqah, kiyah
dorang lah kawan yang aien rapat dekat sana, tapi tapi mereka semua satu course aien sorang course lain. kesiannya aien :'( hehe hmm
Tibalah hari yang dinantikan. ececeh! sebenarnya kelas pertama nak mula. Rasa takut bila nak masuk kelas. tatahu kenapa? hehe semangat pun ada jugak ni. Alhamdulillah sepanjang kelas semuanya okay. classmates pun okay jugak tapi biasalah ada yang tak masuk jugak. mungkin sebab baru lagi kot. mungkin?
Dah masuk hari kedua ketiga dan hari seterusnya mulalah banyak kerja nak kena buat. Group discussion lah, Quiz lah. baru masuk belajar dah ada kerja. nampak tak nampak tak kesiannya saya. uhuk uhuk! Insyaallah semuanya okay :)
Dah dekat 2minggu aien depat PTSB dan tiba masanya balik rumah sempena cuti krismas selama seminggu! Ya Allah happy gila sangat dapat balik rumah. hehehe jumaat baru balik, kalau tak khamis dah bleh balik tapi dah beli tiket balik jumaat. Nak cerita sikit ni, patutnya aien balik pukul10 pagi masa jumaat tu tapi pukul5 ptg baru gerak. Nak tahu sebab apa? sebab bas rosak! Ulang suara! Bas rosak!!! memang menyakitkan hati. sedih je rasa. bila dah sampai jalan duta bas yang sama rosak balik. sedih lagi tapi nasib dah sampai jalan duta. kalau dia rosak balik kat highway memang menangis tak berlagu lah. Terasa takda function balik masa tu. dugaan dugaan sabar jelah.
♥ DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN ♥
♥ KELAS DPM 1A ♥
haa ni lah classmates aien. act ada lagi tapi mereka ta mahu bergambar. tak sporting pulak rasanya. tapi takpalah , mungkin baru lagi kot :)
masa ni ada sesi fotografi untuk terbitan abum PTSB :) comel tak aien? har har sila muntah sekarang. hehehe ♥
cuti krismas ni macam tak cuti sebab lepas habis cuti ada quiz ada presentation. hukhuk sedihnyaaa! :'( study dan study dan study! bila malas datang mulalah malas nak study! takboleh2! kena study untuk masa depan! yeayyy! ♥
AIENROSDI : belajar tempat jauh tak mematahkan semangat kita untuk belajar. Belajar hidup berdikari. Insyaallah boleh ♥
♥ ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH ALLAH , ILOVEYOU ALLAH ♥
|