|
Happy 4th Anniversary sayang! ♥
17 July 2012 | 5:34 AM | 8 candie blossom
*ala ala lagu najwa latif* kita berkenalan hanya dalam metro kajang , kau pandang aku, aku pun pandang engkau wuhooo wuhoo wuhooo hatiku rasa sesuatu... Dan pabila kau katakan kau mahu aku, ku terdiam tertunduk rasa maluu wuhooo wuhoo wuhoo ini cinta remajaku.... eh eh? hehe semangatnya saya menyanyi *flip tudung* Alhamdulillah hari ni genaplah aien dengan tercintaa saya 4tahun ♥ macam tak percaya tapi inilah kenyataannya. bahagia sangat hati bila kita bersama dengan orang kita sayang kan kan kan. hehe adat kalau bersama ada salah faham, happy bersama kan? tak lengkap sesebuah hubungan kalau tak lalui suka duka bersama. Happy 4th Anniversary to me and and my lover NikMohdShahriza ♥ rasa seronok sangat bila hubungan dapat kekal sampai sekarang dan Insyaallah mestilah nak kekal selamanya ;) hehe tapi kita hanya mampu merancang dan Allah tentukan. macam biasa kita tak bolehlah berharap sangat tapi kalau masing2 cuba untuk pertahankan Insyaallah boleh kekal . amin! 4tahun bukan sekejap kan kan? lama jugaklah kan. hehe rasa excited sebenarnya ♥ sebenarnya memang tak percaya hubungan aien dah 4tahun dan tak terfikir pun hubungan boleh selama ni tapi kalau dah jodoh tak kemana kan? eh? hehe kita tak boleh expect pun sesuatu hubungan tu bertahan berapa lama tapi kalau kita pandai jaga hubungan kita bersama-sama pasangan Insyaallah boleh bertahan. tapi kalau salah sorang tak cuba untuk jaga dengan betul relationship dia memang susah untuk bersama. pandai-pandailah jaga hubungan masing-masing ;) dalam masa 4tahun hubungan aien dengan pasangan aien memang banyak yang kami lalui ♥ happy menangis sedih merajuk mengada semua ada. hehe pernah tau yang cuba hancurkan hubungan kami tapi Alhamdulillah kami laluinya bersama. biasalah manusia kalau dah dengki dengan relay orang ni dia akan buat apa je yang dia suka sampai sanggup hancurkan hubungan orang. aien paling tak boleh lupa bila salah faham dengan sorang girl yang mengaku dia gf nik. wuhooo! bayangkan apa yang anda rasa kalau tetiba ada girl mengaku dia gf pasangan awak? apa perasaan? sakit mesti ada. menangis? perempuan mudah menangis dan saya? memang menangis lah masa tu. hehe tapi nik sedaya upaya jelaskan yang dia takda apa dengan perempuan tu dan akhirnya perempuan tu mengaku. hanya Tuhan je tahu apa perasaan saya bila dapat tahu yang perempuan tu cakap macam tu. masa tu lah aien nampak keikhlasan nik terhadap hubungan kami ni. hehe pernah jugak dengan lagi sorang girl ni. tapi ni cuma dalam fon jelaa bertekak. hehe dia ni lagi psiko aien rasa. sampai sanggup curi gambar nik dekat tempat kerja nik. bayangkan. tak faham betul. sabar jelaaa saya. takpa, itu semua dugaan semasa couple. kalau asyik dapat suka takda duka tak boleh jugak. kita perlu lalui suka duka baru kita dapat rasa nikmat cinta. fuyyo ayat! cih cih cih! haha itu semua kenangan. kenangan pahit. hehe kenangan manis bila nik terlampau baik dengan saya selalu buat saya tergelak bila dengan dia selalu ada bila saya perlukan dia. memang banyak kenangan manis sampai susah nak ingat tapi Insyaallah ingat lagi lah kenangan kenangannya. hehehe aien happy sangat kenal dengan nik. memang takda manusia perfect tapi kita boleh rasakan yang dia betul2 ikhlas dengan kita. janji kita pun kena ikhlas dengan dia. kalau tak susahlah nak percaya antara satu sama lain :) bulan12 nanti aien dah mula jauh dengan nik sebab aien akan sambung belajar dekat politeknik kedah. jauhkan? hm hm hm sedih je tapi takpalah demi masa depan. hehe nak tahu, masa aien pergi nanti 17DEC. masa tu aien dengan nik genap 4tahun5bulan ♥ nampak tak permainan dia? eh? hehe kenapa mesti 17hb jugak saya kena pergi? kenapa kenapa? hm hm ;/ nanti kami mula jauh dan dan hubungan jarak jauh ni perlukan kepercayaan yang sangat kuat kan kan? yelaaa sebab dah jauh takut nanti hati pun jauh :'/ ahhh taknak macam tu. hm orang kata banyak dugaan kalau bila hidup dah berjauhan dan aien perlu bersedia apabila jauh nanti. Insyaallah aien dengan nik boleh pertahankan hubungan kami. kan awak kan? hm saya percaya awak tau. awak kena percaya saya ye? hm serious bila ingat balik rasa takut je nak jauh tapi kena kuat hadapi semuanya tu kan kan? takpa saya kuat! eh? hehe ramai tanya macam mana hubungan boleh lama? macam mana nak kekalkan? sebenarnya kan kan aien tatahu macam mana nak terangkan. cuma yang aien boleh cakap kita kena setia, percaya pasangan kita, cuba faham dia, jangan terlampau mengongkong, bila gaduh settle baik-baik jangan bermaki hamun. tak baik sebenarnya. itulah, banyak lagi tapi itu semua terpulang pada individu mcm mana nak kekalkan hubungan ;) hubungan kami pun bukan perfect manapun tapi kena pandailah jaga hubungan kalau nak lama Insyaallah boleh lama. amin! hehe wuu wuu seronok sangat! hehe kiri saya dan kanan nik ♥ hehe takpa kalau awak lambat wish janji awak ingat okay sayang? saya sayang awak. saya tak kisah tak dapat jumpa*yekeh?* takpa, saya faham awak kerja. yaa kita boleh jumpa hari lain. hehe saya nak awak tahu yang saya tetap sayangkan awak walau apapun yang berlaku. saya tak kisah ada ke takda ke hadiah ke celebrate ke janji awak ada dengan saya. serious saya tak kisah! saya ikhlas tau. hehe janji awak jangan pernah tinggalkan saya tau. awak, awak terbaik bagi saya. saya sayang awak sangat! ♥ awak! hari ni genaplah kita 4tahun. Alhamdulillah. awak, happy 4th anniversary sayang! sebenarnya banyak lagi gambar. takpa cukuplah ni. hehe saya sayang awak sangat! awak, awak walaupun awak bukan pertama tapi saya nak awak jadi yang terakhir ♥ semoga hubungan kita kekal selamanya. saya sayang awak. ye awak sorang je. jangan pernah tinggalkan saya okay? iloveyou! saya rindu awak jugak. hm setelah panjang lebar ku bercerita tentang hubunganku yang telah mencecah 4tahun ini. mungkin ku perlu berundur sekarang. eh? bercengkerama pulak aien disini. hikhik! aien cuma berkongsi apa aien rasa. aien happy aien excited sebab tak sangka kan? hehe AIENROSDI ; sesuatu hubungan takan kekal kalau tidak ada keizinan daripada Allah. tapi kita perlu berdoa agar hubungan kita kekal selamanya dan Insyaallah. jangan mengeluh dan bersedih apabila tiada jodoh kerana Allah pasti akan beri kita jodoh yang terbaik. Semoga hubungan saya dengan Nik kekal selamanya. amin! saya doakan hubungan pasangan di luar kekal selamanya juga. amin! ♥ ♥ ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH ALLAH , ILOVEYOU ALLAH ♥ rindu blog ♥
10 July 2012 | 7:31 AM | 0 candie blossom
Assalamualaikum merah adalah warna kegemaran saya. merah adalah semangat saya. merah adalah segala-galanya bagi saya. eh? dah kenapa semangat dengan merah ni? hehe wuhuuuu comelnyaaa saya gambar dengan berpadankan baju dan tudung merah ♥ ehem ehem! *flip tudung* eh? hehe wahh wahh setelah sekian lama saya tidak ber-blogging ni. ehem ehem! ada ke idak yang rindu aien ni ? *angkat kening* hihi lamaaaaa sangat rasanya tak hapdet. macam tak best pulak jadinya. hm hm maaf yeaa kengkawan. sekarang saya busy dengan kerja. aip! kerja? iyalah kerja. kenapa tak percaya ka? hikhik! mesti ada yang tertanya-tanya why aien tak futher study lagi kan kan? eh ada ke? ah pi lantak. nak jugak bagitahu. hihi aien futher study bulan12. lamaaaa lagi. sedih je! uhukuhuk! tawaran dapat bulan12 nak buat canna, tunggu jelaaa ;) wuu wuu now aien kerja dekat parkson kajang ♥ siapa orang kajang sini? mai sini mai sini. eh? hehe yeahhh! partime je dekat bahagian cheetah sport. hamboi hamboi kemain lagi aku promote kaunter cheetah oi. eh? hehe yeahhh memanglah kena sebab nak naikkan sale cheetah . ehem ehem! boboy boboy dekat luar sana, apalagi borong baju anda dekat kaunter saya okay? saya pasti bagi murah. lulz ingat pasar malam apa dapat kurang ni? cihh! hehe lagi2 raya nak dekat. amboi puasa tak lagi dah fikir raya. haha mana taknya, orang ramai dah semangat beli baju raya dah. sabtu ahad? takpayah cakap, nak patah pinggang gua layan customer. eh? haha nak tahu tak, aien kerja parkson nak dekat 6bulan dah tak termasuk bulan6 sebab saya tak kerja langsung bulan6. hehe sepanjang 6bulan tu aien kerja tukar tukar department. haaa amik! aien buat parkson tu mcm parkson ayah aien tau. hehe orang lain 6bulan 1brand tapi aien 6bulan 4brand. ahaks! tapi serious aien cakap aien paling suka brand sekarang sebab aien dapat promoter yang cun lepas tu baiknyaa kemain. haha kak ros! iloveyouuu! eh? haha kakros sangat sporting. kalaulah promoter luggage dengan promoter cheetah duduk lepak sekali, peh sumpah aien cakap boleh runtuh parkson tu tau. hehe aien pakai tshirt je kerja sekarang tau. nak colour apa tak tak? ce teka ce teka? lambat! eh? hehe colour merah! yeayyyy merah lagi ♥ hehe tapi kan kan kawan aien cakap dah macam kerja dekat KFC :'( cihhh cihh cihh! okay stop lah cerita about kerja. now cerita about lesen kereta. apabila sebut sahaja pasal lesen kereta, hati saya melonjak gembira senang hati nak tercabut jantung ni rasanya sebab excited sangat! hehe nak tahu, sekarang ni aien tengah ambil lesen dan lesen L aien dah dapat dan tadi aien belajar bawak kereta. Ya Allah, cuma Tuhan saja yang tahu betapa excited diriku ini. eh? hehe masa aien nak ambik lesen L tu, kita kan kena buat ujian komputer dulu sebelum dapat L kan? cuba teka aien dapat berapa masa ujian tu? ramai tak percaya kalau aien cakap ni tau tau tapi inilah kenyataan. hehe aien dapat 50/50 :) fullmark sayang fullmark! ♥ *lompat katak* aien sendiri tak percaya tau tau! masa nak buat ujian tu cuma Tuhan je tahu betapa kecutnya hati perut segala isi perut ni nak buat tau. padahal depan kita komputer je tu dah macam kita kena terjun bangunan 10tingkat pulak takut dia. eh? hehe lepas dah buat tu aien terus lah click done kan lepas tu dia keluar result terus then aien pun cariklah mana markah aien sebab kat situ just tulis markah keseluruhan 50 and markah lulus 42. lepas tu bawah ada tulis lulus. aien blur tau dengan semua tu. just tengok lulus then okay lah! hehe sebenarnya nak tahu jugak dapat berapa tetiba result kita dah print out, rupa2nya markah keseluruhan tu lah markah kita. amboi kemain lagi! nak melompat kat situ jugak tapi tulah , buat muka paling comel kat situ then blah! eh? haha masa otw nak balik tu abang tu cakap aien orang keempat yang dapat fullmark dalam masa 10tahun. pehhh gua cakap sama lu! kembang kempis perut hati gua dengar tau tak. happy punya pasal! hehe aien buat dekat imkeda batu10,cheras ♥ situ okay tau. serious! sesiapa nak amik lesen pergi situ je kalau rasa rumah tu dekatlah kan. promote ni promote! hehe sebenarnya nak snap tau result aien tu tapi macam semangat dan malu sangat sebenarnya tetiba nak snap pulak kan. hehe lepas tu bagi kat abang tu tetiba terasa menyesal pulak tak snap. kenangan tu! eh? hehe lepas tu ahad pergi kelas asas memandu pulak. ni 3jam dalam kelas 3jam luar kelas. hehe okay masa tu lah hari 1st aien bawak kereta. terketar2 jugaklah rasa ni bila dapat tahu kena bawak kereta -.- ingatkan just kena tahu asas mcm mana bawak kereta je tatahu pulak kena bawak sekali. uhuk! Alhamdulillah masa aien bawak tu aien boleh bawak, adik aien siap cakap lagi "kau ni macam dah expert je bawak kereta" amboi! dia ni perli saya ke hape ni?! *asah parang* ohh masa tu adik aien teman aien. ahh dia sentiasa menemani dan menyibukkan diri ikut saya -.- hehe 1st time bawak kereta tak mati enjin langsung k langsung tak okay! ini yang membanggakan kejap ni. hehe eh? haaa takdalah nak bangga sangat cuma excited je sikit. hehe ini baru belajar-.- time JPJ test nanti tetiba pulak failed! masak kena buat balik :'/ tanak tanak! nak terus pass. Insyaallah saya boleh. doakan saya tau! hehe sayang semua ♥ aien harap sebelum raya ni lah aien dapat Lesen. nanti raya boleh lenjan kereta atuk pergi beraya kejap. eh? semangat sangat dah ni. fuhh fuhh! pergi jejauh lah fikiran ni. semangat je tau. hoho tadi belajar bawak kereta 2jam kelas pertama. fuhh fuhh bawak pergi jalan raya okay! tak ke nak tercabut jantung tetiba abang tu suruh bawak keluar imkeda tu. dah lah highway cheras tu. kentalkan diri jelaa ceritanya. macam biasa sampai bukit spoiled enjin mati! cihh cihh cihh enjin ni nganjing dengan saya ;/ hukhuk! tapi lepas 2 3 kali round okay dah. parking pun okay lah just 3penjuru lah cam lemah sikit. adudu! ni ada lagi 3kelas nak belajar. Insyaallah kalau pass JPJ raya dah boleh bawak! yehuuuu! kalaulah pass. hm hm takutnyaaaa! macam biasa kalau saya pass ataupun dah dapat lesen saya pasti dan pasti akan menghebohkan dekat belogg tercinta saya ni tau ♥ dia pun nak jugak tahu. saya tahu tu. *usap skrin laptop* eh? hehe sangat tak sabar untuk menempuh hari hari seterusnya. amboi kemain lagi ayat saya. kalah azwan ali tau. amboi amboi amboi *hulur jari kelingking* hehehe puasa lagi berapa minggu dan raya lagi sebulan lebih. rasa macam kejap je masa berlalu. rasa macam baru je bulan lepas habis SPM tetiba dah nak raya dah. eh? hehe ahhh saya rindu sekolah ;'/ saya nak jumpa cikgu2 dekat sekolah. saya rindu sangat dekat sekolah. lagi2 saya rindu dengan adik2 saya. *lap air mata* adakah mereka jugak merindui saya? *jari telunjuk dekat dagu mata pandang atas* hm hm rinduuu jugak dengan sukan tahunan sekolah! rindu sangat nak bersukan :'/ haaaaa banyak sangat kenangan zaman sekolah. hm hm ni yang mula nak ber-emo2 ni. eh? hehe okay! raya tahun ni anda pakai baju colour apa eh eh eh? hehe saya saya tak plan lagi lah nak beli colour apa. hm hm awak , awak taknak sama dengan saya ke baju raya tahun ni? *nada sedih* hm hm takpalah saya tak kisah. hm hm okaylah taknak lah sedih. shuhh shuhh mood sedih! fuhhhh jauh pun. hehe last year colour merah! ehem ehem hehe takan this year pun nak merah, amboi kemain lagi ni. nak colour ........ hm ntahlah. nanti jelaaa fikir. hehe korang mesti ada yang dah tempah baju raya kan dan tak lupa jugak yang dah semangat beli. hehe aien beli baju raya selalu 2 3 hari nak raya tau! palingggg semangat! haha takpa lambat atau cepat bukan masalahnya. hehe apa motif saya letak gambar ni? gerak gerak lagi tau. haaa comelkan kan? hehe pening tak kepala otak awak semua? haha saja nak kongsikan gambar ni. hehehe I LOVE YOU! ♥ siapa siapa? siapa yang perasan saya sayang dia lah . ehem ehem! hehe untuk semua gegirl dan untuk seorang boboy je kk. faham kan disini? ihiks! terserlah tahap ke-boring-an saya disini yea. okay takda kerja saya carik kerja bodoh dan ni lah hasil kerja saya. sangat berbaloi sangat! eh? perlu eh eh eh? *campak bantal* hehe takdalah, lama dah tak hapdet rasa rindu nak tayang muka ni dekat belog . ehem ehem! hehe pilihlah pilih. 1gambar 10k ♥ terima kasih! eh? hehe okay macam dah terlebih cakap dah ni *tengok jam* okay saya kena gerak dulu ni. tamo tamo! eh? hehe saya rindu rindu rindu nak hapdet belog. akhirnya dapat jugak saya hapdet. kecing kecing! *angkat kening* hehe ohh kejap nak bagi korang tengok gambar ni kejap. 1 2 3 scroll bawah! taraaaaa! comelkan comelkan? atuk saya ♥ hehe bila tengok gambar ni akan buat saya tergelak. hehehe atuk semangat betul nak senyum tau. aien suruh dia senyum terus muka tu dia buat. nampak sangat semangatnya. hehe saya sayangg atuk saya sangat k! atuk saya kuat lagi tau ♥ Alhamdulillah :) ini pula nenek saya ♥ nenek saya sakit tapi still boleh tersenyum camtu. macam biasa saya lah yang paksa siapa lagi kan kan? biasalah cucu kesayangan. eh? hehe saya sayang nenek sangat dan sangat dan sangat! nenek dengan atuk sangat suweeet tau! nenek kuat merajuk -.- serious nenek kuat merajuk! tapi atuk sabar dengan nenek. amboi sumpah suweet! saya nak nak jadi macam nenek dengan atuk ♥ Insyaallah :) AIENROSDI ; jangan lupa siapa yang datang parkson singgah brand saya. cheetah sport cheetah sport! eh? hehe orang sampai tegur saya, tapi saya yang tak perasan. mcm mana ni? hehe takpa saya serve awak paling terbaik okayokay? *kenyit mata* eh? hehe lesen oh lesen! saya tak sabar ♥ baju raya? hm hm nak sama dengan awak boleh? okay? hm. tak plan nak baju colour apa? haish haish. apapun terima kasih kerana membaca. Insyaallah ada masa saya update lagi. byebye muahhhh! ♥ jemput follow twitter saya. terima kasih ♥ twitter- @AienRosdi ♥ ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH ALLAH, ILOVEYOU ALLAH ♥ |