|
Semester Baru ♥
29 June 2013 | 10:39 PM | 2 candie blossom
Selamat Tengah Hari semua! ehehe setelah sekian lama tak update blog kan. hari ni terasa free dan sangat bosan so so so aien update blog yang tak berapa nak menarik ni tp nak jugak korang baca. baca tau! hihi gambar atas ni masa latihan untuk festival kebudayaan masa cuti sem lepas. huhu
okay balik pada tajuk aien ye kawan-kawan :) bermulanya sem baru pada 23hb tak silap. lupa dah berapa hb masuk kelas. hihi sem 2 ni nampak tuff sikit lah dari sem 1. biasalah, sem makin naik pelajaran pun makin payah. lumrah lah tu kan. takda benda yg senang dalam dunia ni. kalau otak gua ni geliga, mmg petik jari je buat assgmnt tp masalahnya tak -.- sedihnya! uhuk uhuk!
setakat ni kelas semua okay lah , ada kelas yg start belajar dan ada yang belum. ohhh aien cuak dengan subjek yg aien amik. sbb banyak membaca :( alahai! kalau aien ni rajin membaca takpa jugak ni masalahnya malas! amboi mengaku~ hihi tapi kena jugak rajinkan diri untuk rajin membaca. takut. tanak ada repeat. nak naikkan pointer nak naikkan pointer. aien! usaha aien usaha lebih sikit ye! jangan memain lagi. huhu
masuk kelas business math ada senior yang repeat, gua jadi gerun sbb boleh tahan ramai. lagi lagi subjek macro , lagi ramai gila tahap apatah jadi sardin kelas aien dibuatnya -.- macro ni susah ke kenapa ramai sgt repeat? ;'( uishhh seram gila! kena study ni. setakat ni marketing takda yg repeat dalam kelas aien dan Insyaallah boleh buat. serious lah! 3 subjek besau ni lah nak kena buat betul2. tanak repeat. serious! harap2 otak ni masuk apa yg lect ajar. amin!
sebelum kelas start , 16hb aien dah sampai Kulim dah. nampak semangatnya disitu? hihi pastu masuk rumah sewa. hahhh! sem 2 ni dah start dok luar. 1st time gua duduk rumah sewa dengan kengkawan. macam pelik pulak dok luar ni tanpa family. huhu takpa pengalaman. hihi
sakit hatinya, 18 ada pendaftaran dengan PA tapi bila sampai POLI tetiba membe kelas kata takpayah datang pun takpa, just bagi borang daftar online tu je. memang menimbulkan kemarahan tahap kuasa 80 lah kan. menyesal datang awal :'( nasiblah nasiblah housemate ada. kalau tak mmg petak gua dok rumah sewa ni -.-
hari sabtu lepas , kira esoknya ada kelas aien pergi tengok teater dekat Alor Star tajuk "Mek Mulung" dengan Kelab Kebudayaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah , Kulim. amboi kau! nama penuh aien sebut. hihi memang best gilaa! ni kira kali kedua tgk teater kat luar. memang pelakon teater semuanya TOP habislah. adik adik junior yang baru masuk poli pun ada yang ikut. untunglahh mereka sebab tak start belajar poli dah bawak keluar poli. hihihi
masa ni otw nak pergi Alor Star . berhenti sebentar di RNR mana tah tak ingat! hihi okay gambar dengan ramai2 gegirl comel tu sebenarnya sengaja nak kacau dorang amik gamba. budak2 junior kan. hihi nasib baik mereka semua sporting walaupun hakikatnya sangatlah malu ye mereka. hihi cool sangat! ♥ *ramai lagi tp hilang tah kemana* hihi
okay masa ni bergambar bersama pelakon teater yang sangat sporting! hihi dorang memang hebat gila berlakon. sakit perut gelak tengok teater dorang. lepas ni memang takan miss nak tengok teater dorang lagi ♥ hihi
ni pun antara pelakon teater yang aien sempat tangkap gambar aien sorang dan dengan mereka. faham tak? buat2 faham jela kalau tak faham ayat aien ni. haha yang tgh tu lah pelakon utama, putera dan puteri. hensem dan lawo. hihi yang kiri ni dengan dayangnya. ehem laki ke girl ni? haha k. yang kanan ni abg Jee Makbol. kalau siapa kenal dia mesti tahu dia ni pelakon jugak sebenarnya ♥ hihi
hahh, hari tu pergi festival kebudayaan dekat Politeknik Seberang Perai. best sangat! Dekon dapat no 3 dan tarian takda rezeki nak menang. Insyaallah Tahun Depan. ececeh konfiden! hihi
geng-geng kekwa yang pergi festival (Y) rinduu gila masa ni. rinduu sangat! ♥ huhu
Dekon PTSB dapat no 3 :) Dekon tu bermaksud Deklamasi dan Lakonan. *mesti org tanya punya* hihi
masa ni kami lepak dengan Politeknik Kota Bharu. haha mereka semua sporting berbanding Poli lain. rapat dengan PKB je kat sana ♥ huhu
AIENROSDI ; bila orang pandang pelik dekat kita , kita pun akan pelik. dah kenapa pandang mcm tu? lelaki lain cerita , ni perempuan. gua takda masalah dengan lu janganlah pandang kerek -.- abaikan orang macam tu (Y) nak fokus study. nak pointer tinggi. nak macam2 lah. hihi study smart untuk cemerlang! amboi ayat! hihi ♥
♥ ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH ALLAH , ILOVEYOU ALLAH ♥
|