|
blog yang dah berhabuk
10 January 2014 | 4:17 AM | 0 candie blossom
ASSALAMUALAIKUM
Selamat Petang kawan2 . *jerit* hello! anybody here!? ada orang tak? ada tak? ada ke lagi orang nak baca blog aien ni :'( lama sangat dah tak update nya pun. sedih sangat! hope ada lagi laa pembaca setia blog aien ni yee. maaf ler lama sangat dah tak update. hukhuk!
wuhuuuu! macam lama sangat je tak update blog. memang setahun sekali kot update blog skang ni. amboi busy mengalahkan orang bekerja. hihi tapi bole diterima lagi busynya sebab aien kan student skang. hihi memang takda masa nak update. masa cuti sem pun busy kerja, mcm mana tu? haha skang da masuk sem 3 . yehuuuu! haha *excited terlebih plak*
last update pasal nak teater. itupun masa awal2 sem lepas. sangatlah lama dan berhabuk ye anak2 sekalian. kesian blog aien ni. hukhuk! 6 7 lebih bulan kau tak update. ada jugak tanya bila nak update , asyik nampak entry sama je. maaf ler kawan2, takda masa. lagi satu tenet kekadang ada kekadang takda. kalau ada pun tak on laptop pun. hihi payah aih gitu pun.
skang masuk sem baru , sem 3 . hmmm result sem lepas? kecewa :'( sedih! tamo lah cita. tamo ingat result sem lepas. mulakan dengan result yang lebih baik sem ni. Insyaallah. amin! sem ni , aien duduk balik kamsis. kamsis? apakah? asrama la sayang. hihi tanak lah duduk luar lagi. banyak main! ish aien ni la. banyak main sgt -.- kan da teruk dah result tu. tp Alhamdulillah lah sebab takda repeat. bersyukur sangat. hihi
sem ni kena banyak membaca. ni lah lemah ni. baca je. hukhukk guana ni? kena study jugak. study untuk tingkatkan pointer. elokkan balik pointer. janganlah malas aien oi. jangan malas -.- asyik buat kerja last minit je. payah betul aien ni tau. haish laa!
takda motif pun gambar atas ni. saja nak tunjuk muka comel yang dah lama tak update blog ni.. kot2 laa rindu ke kan? ada tak ada tak org rinduuu? hihi perasanyaa dia! tapi dalam gambar ni menunjukkan perasaan aien tau. tgk cita bawah ni. hihi cita geram sedih happy semua ada. hihi
nak tahu tak kawan2 , nak ngadu ni. nak sedih jap dlm ni. bole yee? hihi rabu lepas ada perjumpaan dengan warden , nak tahu. ada spotcek plak lah dekat kamsis aien -.- terkejut beruk mak tau! dalah poli aien takbole pakai seluar jeans. sedih sangat. kalau bawak kena rampas. memang padan muka cita dia. tp nasib masa spotcek tu dia tak rampas jeans sbb bagi peluang balik anta kat uma. ingat aku nak anta? mmg taklah -.- *nampak tu ciri2 student yang degil* hihi belum apa2 dah tunjuk perangai. haha
berita mengejut lagi, start minggu depan kalau nak outing kena pakai baju kurung. ada ke patut? jenuh lah nak keluar je pakai baju kurung. hmmm nak mengajar kami jadi lebih ayu kot. kot laa kan? hmm takpalah takpalah. ayu lebih sikit aien lepas ni walaupun sebenarnya dah ayu dah. eh? ayu ke? haha
hari 1st day masuk belajar awal2 dah kena tegur dengan Ketua Jabatan aien sebab pakai seluar slack. ni lagi satu pulun , seluar slack takleh nak pakai dah. kalau KJ aien nampak kena saman rm50. free free duit melayang kat situ je nanti, ceh! baju kurung jugak ataupun baju muslimah kau. amikk! haha siapa datang lewat lebih pukul8 kena tahan dekat tempat guard lepas tu pukul9 baru bole lepas. nampak tak macam sekolah dah poli aien? nampak tak? makin ketat oi rules poli. sedih ngat aih!
walau apapun , aien tetap sayang poli aien. haa nampak tu permainan dia kat situ? haha bilik kamsis aien lawa besau k. *mcm takda motif je* hihi tu je nak bangga. tp bilik bersepah. biasalah aien. haha tp bersih k kalau dah kemas. haha macam takda motif je cita pasal ni. hihi
tu nampak tu. bestfriends aien dekat poli ni. ehem! dari sem 1 sampai sekarang Alhamdulillah kami tetap bersama. kemana saja aien pergi, mereka pasti ada tau! memang kekadang tu ada je yang terasa antara kawan2 tapi lama2 pasti okay. terasa macam mana pun kami insyaallah akan berbaik. sayang mereka sangat tau! nak buat kerja gila nak buat kerja tak betul kerja baik dengan dorang jelaa. hihi kemana mesti ada kami. hihi kalau ada apa2 masalah mesti kteorg akan share. tak kira lah teruk mana pun masalah tu, pasti akan share. wahhhh sweet tak kami? krik krik~ haha Insyaallah aien sayang mereka sampai akhir hayat aien. semoga persahabatan kami kekal selamanya. aien sayang mereka sangat! amin! wahhhh nak nangis plak rasa. hihi
haa mereka berdua plak, masa cuti sem tak pernah jumpa dah si seluar coklat tu. mana pergi tah. rinduuu kemain lagi kat dia. wehhh gila! kau tak rinduu aku ke? :'( mana kauuu!? benci ahhh! hmm yang sepet sebelah aien pakai shawl tu pun lama dah aien tak jumpa. rinduu sangat! masa cuti sem pun jumpa sekali 2 je kot. sedih sangat! rindu nak menggila dengan dorang berdua. korang tak rindu aku kee? :'( sedih sangat! rinduu korang sangat! nak nangissss! :'( raya cina ni jomlah jumpaaa! tanak jumpa ke? :'( haaaa! mana korang mana korang? rindu korang!! faham apa itu erti rinduu! mohon rasa bersalah :'( hihi apapun aien tetap sayang dorang. dorang ni pun bestfriends aien. sayang mereka sampai akhir hayat aien tau!
ejaaaa! ni lagi sorang kwn baik aien. kwn baik masa kat tempat kerja and still rapat sampai skang. haaa kalau aien ada kat kajang , nak kelua mesti dgn dia ni. hihi dia ni jelaa yang selalu dgn aien kalau kat kajang. kalau duduk dengan dia mmg tak berhenti gelak! rinduuu sangat dengan kau eja! nanti aku balik kajang kita lepak sesama tau! aku rinduu kau sangat weh. sayang kau dunia akhirat :)
haa si kecil 4org ni plak. gua rindu ini 4org budak gila2 punya. *ajet gangster plak* haha yang hujung kiri ni takpayah nk si kecil sangat. dah tua bangka, form 3 dah pun. haha dari kecik sampai laa ke besar berkepit je dengan aien. rimas den. nasib la skang da besar. kalau kecik lagi mmg kena humban da dlm tanah asyik nk mengikut je. haha nasib sayang tau! ni yang 3org ni. lagilah rindu. adik sedara yang sebumbung dengan aien. pagi2 kalau dekat uma tak sah kalau 3org ni terpekik terlolong dalam uma tu. nak2 si abang 2org ni. rasa macam nak campak dedua tu ke laut. bising sangat! haha tp semua manja dengan aien. memang rindu sangat nak dgr suara dorang. aihh rinnnduuunyaa! kalau balik je mesti tak sabar nak jumpa dorang. asal balik je , muka ni laa dorang mintak mainan. penat aih melayan pun. haha sabo jelaaa. rinduu dorang ni sangat!
ni atuk dengan arwah nenek aien. hee nak tahu, aien rindu sangat dengan nenek aien :'( da setahun lebih arwah tinggalkan aien. aien rindu nak dengar suara arwah nenek aien. arwah nenek selalu pesan dekat aien "dah besar belajar elok2 dapat kerja bagus2" rindu nak dengar suara nenek. rindu nak dengar nenek bising bila aien kelua balik lambat. rindu nak tgk nenek merajuk dengan aien. yang paling aien rindu , aien rindu nak masakkan untuk arwah nenek aien. aien ingat lagi, masa tu aien nak pergi kerja tp aien kena masak dulu untuk nenek. masa kat tempat kerja tiba2 adik anta voicenote. bila aien bukak aien dgr suara arwah yang cakap. dia cakap mcm ni "hmm pandainya cucu nenek ni masak, sedap sgt" masa dgr tu sumpah aien tergelak. malu pun ada. Ya Allah, rindunyaa aku dekat arwah :'( nenekkk! akak rinduu nenek! :'(*lap air mata* semoga nenek ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Al-Fatihah :')
atuk aien plak. aien bangga tgk atuk aien. atuk kuat lagi. Alhamdulillah. masa arwah nenek meninggal aien kesian tgk atuk. asyik menangis je tp bila depan org atuk biasa je tak nampak mcm sedih tp bila atuk duduk sorang2 mesti dia nangis. aien pun sebak tgk atuk. kesian atuk :'( aien sayang atuk aien sangat. bila aien kat asrama, atuk selalu call. hee cucu kesayangan jauh. kesian atuk. hmm atuk pernah cakap kat efa yang aien ni cucu kesayangan nenek aien. masa tu aien dgr efa cakap aien jadi sedih. ahhh rinduunyaa dekat arwah nenek :'( hmm *emm em korang jangan nangis plak* hihi hmm
ahhh tidak! eyebag eyebag! bencinyaaa! macam mana nak hilangkan eyebag? nak kena tak cukup tido macam terlebih tido je tp eyebag ni tetap ada. hukhuk! sedih sangat! gambar ni pun takda motif. saja nak bagitahu aien dalam kelas sempat lagi bergambo. suka hati kau je aien --'
aien rasa dah takda apa dah aien nak cakap. hari ni cuti dan aien tak kemana so aien mengambil masa untuk mengupdate blog aien. hihi thanks kepada sesiapa saja yang sudi baca blog aien. nangis tak? haha so suweet! rasa macam seronok sangat bila dapat update blog. rinduu sangat! hope tak bosan baca. hihi
AIENROSDI ; mengharapkan result sem ni meningkat dan takda repeat. amin! thanks ye kpd sesiapa yang sudi lagi baca blog aien yang dah lama gila tak diupdate. hihi sayang korang tau! ♥
♥ ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH ALLAH , ILOVEYOU ALLAH ♥
|