
![]() |
Titik Mula Titik Akhir ♥
13 July 2013 | 12:09 AM | 0 candie blossom
ASSALAMUALAIKUM
selamat petang semua! ehem! sihat tak? sihat tak? hihi puasa tak puasa tak? laki jangan bagi alasan tak puasa ye? tumbuk nanti! haaa nampak tak garangnya aien dekat dalam ni. hihi gegirl tu yang tak puasa boleh terima lagi tapi jangan tipu tau! dosa *goyang jari telunjuk* gituuu! hihi
Titik Mula Titik Akhir ? tahu tak apa sebenarnya tu? hihi tanya lagi aku ni? tentulah ada yang tatahu. act tu tajuk teater. Teater Titik Mula Titik Akhir. teater ni cerita tentang orang2 pengemis yang berangan nak jadi orang kampung lepas tu berangan nak jadi orang bandar tapi akhirnya mereka sedar kat mana mereka patut berada. haaa gituuu kau! hihi .
dalam cerita ni ada jugak unsur lawak, ada unsur lucah sikit tapi takdalah nampak sgt kot. hihi siapa yang faham cerita ni pasti akan tahu part mana. tapi serious lah, boleh tahan cerita ni. kalau aien ada video , Insyaallah aien akan post dalam FB ataupun blog aien ni k? hihi
cerita ni aien rasa best kalau kita faham jalan ceritanya. siapa yang tak berapa minat dengan teater mungkin tak berapa nak tertarik dengan cerita ni. sebenarnya best tau! hihi
act teater ni berlangsung dekat Poli aien last week. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim. haaa gituuu! hihi teater ni pernah wakil Poli pergi bertanding dekat luar. Poli aien je politeknik, yang lain semua kelab2 teater. Pengalaman lah dapat buat dekat luar. hebat tu! hihi
aien join teater dalam poli aien. macam tak percaya. hihi padahal sebelum ni taktahu apa2 pasal teater. ntah macam mana boleh ter-join sekali. hihi tapi takdalah berlakon. tolong belakang tabir ke. hihi masa teater ni berlangsung , aien jadi penari kampung! hihi ini lawak! segan ceq oi tp kan seronok. hihi
latihan dalam masa seminggu je. walaupun penari2 menari sekejap je atas pentas tp latihan macam kami semua berlakon, setiap malam turun kekwa buat latihan. hihi tapi serious syok! senior semua okay. junior pun okay! semua boleh masuk! haha nak tahu, join teater tu aien sorang je sem 2 -.- yang lain semua ada gang! sadis betul! huhu
masa teater ni berlangsung bole tahan penuh jugaklah dewan tapi sayang masa dah tgh cerita baru penuh dewan. budak2 kamsis datang lambat sangat. ada yang tak puas tgk sbb dapat tgk kejap je. kesian dorang. takpa2 Insyaallah bulan 10 ni ada lagi teater lain. hihi
okaylah, macam banyak cakap je aien dalam ni. hihi aien nak tunjuk gambar sikit masa teater ni berlangsung. banyak gambar backstage la. biasa ler, kami semua kena tggu backstage. hihi
![]()
make-up time! nampak tak nampak tak siapa yang make-up kan tu? *angkat kening* hihi bajet hebat tu make-up orang padahal tareti nak make-up pun. hentam je tu. sorry adik adik abang abang yang kena make-up dengan aien tu kalau rasa tak lawo! hihi (Y)
sebelum start, bergambo dulu. macam tak biasa. hihi kebanyakkan gamba dlm ni dengan budak2 junior. adik2 aien. hihi terasa tua pulak bila jadi kakak ni ♥ HAHA
okay , ni antara show atas pentas ye. cari mana aien? haha okay dah jangan cari :p gambar yang last ni lah yang berlakon dlm teater ni :) *hadi , nazrin , amir and kak nad* mereka sangat cool. boleh tahan hebat! ♥ hihi
okay ni antara gambo lepas show. hihi semua lega show dah lepas. muka gumbiraa saja! hihi kalau tak sebelum show semua muka cuak je lagi2 pelakon. hihi kami 1 happy family at home! ♥ hihii
okay cukuplah cukuplah gambo atas tu. banyak sgt dah tu. kalau boleh semua gambo nak letak. penuh sgt pulak nanti. hihi memang best lah masa buat show ni. rasa happening dengan budak2 kekwa. semuanyaa sporting habis! dah macam 1 family dah :) mcm biasa lah ada masalah sikit bila buat latihan , tension sana sini tapi last sekali semua happy balik! hihi siapa2 student PTSB yang baca ni, aien nak ucap thanks sangat sebab hadir menyaksikan teater Titik Mula Titik Akhir ni. korang memang best lah! sambutan yang agak menggalakkan. Insyaallah kalau ada lagi teater pasti akan diberitahu. haaa gituuu! hihi thanks again! :) untuk team2 kekwa , tahniah semua sebab dapat jayakan teater ni dengan baik! hihi especially abg syafiq , anje yang banyak sgt bantu kami semua! hihi lepas tu cikgu tarian yang tolong kami , cik farah guru penasihat . thanks! :) sayang semuaaa! korang semua the best! ♥ AIENROSDI ; ehem! Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, aien ingin mengucapkan Selamat Berpuasa , maaf kalau ada salah silap. harap diampun. ececeh! hihi semoga amalan yang kita buat dia bulan yang mulia ini lebih berkat. amin! Selamat Berpuasaaaa! ♥
♥ ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH ALLAH , ILOVEYOU ALLAH ♥
Semester Baru ♥
29 June 2013 | 10:39 PM | 2 candie blossom
Selamat Tengah Hari semua! ehehe setelah sekian lama tak update blog kan. hari ni terasa free dan sangat bosan so so so aien update blog yang tak berapa nak menarik ni tp nak jugak korang baca. baca tau! hihi gambar atas ni masa latihan untuk festival kebudayaan masa cuti sem lepas. huhu
okay balik pada tajuk aien ye kawan-kawan :) bermulanya sem baru pada 23hb tak silap. lupa dah berapa hb masuk kelas. hihi sem 2 ni nampak tuff sikit lah dari sem 1. biasalah, sem makin naik pelajaran pun makin payah. lumrah lah tu kan. takda benda yg senang dalam dunia ni. kalau otak gua ni geliga, mmg petik jari je buat assgmnt tp masalahnya tak -.- sedihnya! uhuk uhuk!
setakat ni kelas semua okay lah , ada kelas yg start belajar dan ada yang belum. ohhh aien cuak dengan subjek yg aien amik. sbb banyak membaca :( alahai! kalau aien ni rajin membaca takpa jugak ni masalahnya malas! amboi mengaku~ hihi tapi kena jugak rajinkan diri untuk rajin membaca. takut. tanak ada repeat. nak naikkan pointer nak naikkan pointer. aien! usaha aien usaha lebih sikit ye! jangan memain lagi. huhu
masuk kelas business math ada senior yang repeat, gua jadi gerun sbb boleh tahan ramai. lagi lagi subjek macro , lagi ramai gila tahap apatah jadi sardin kelas aien dibuatnya -.- macro ni susah ke kenapa ramai sgt repeat? ;'( uishhh seram gila! kena study ni. setakat ni marketing takda yg repeat dalam kelas aien dan Insyaallah boleh buat. serious lah! 3 subjek besau ni lah nak kena buat betul2. tanak repeat. serious! harap2 otak ni masuk apa yg lect ajar. amin!
sebelum kelas start , 16hb aien dah sampai Kulim dah. nampak semangatnya disitu? hihi pastu masuk rumah sewa. hahhh! sem 2 ni dah start dok luar. 1st time gua duduk rumah sewa dengan kengkawan. macam pelik pulak dok luar ni tanpa family. huhu takpa pengalaman. hihi
sakit hatinya, 18 ada pendaftaran dengan PA tapi bila sampai POLI tetiba membe kelas kata takpayah datang pun takpa, just bagi borang daftar online tu je. memang menimbulkan kemarahan tahap kuasa 80 lah kan. menyesal datang awal :'( nasiblah nasiblah housemate ada. kalau tak mmg petak gua dok rumah sewa ni -.-
hari sabtu lepas , kira esoknya ada kelas aien pergi tengok teater dekat Alor Star tajuk "Mek Mulung" dengan Kelab Kebudayaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah , Kulim. amboi kau! nama penuh aien sebut. hihi memang best gilaa! ni kira kali kedua tgk teater kat luar. memang pelakon teater semuanya TOP habislah. adik adik junior yang baru masuk poli pun ada yang ikut. untunglahh mereka sebab tak start belajar poli dah bawak keluar poli. hihihi
masa ni otw nak pergi Alor Star . berhenti sebentar di RNR mana tah tak ingat! hihi okay gambar dengan ramai2 gegirl comel tu sebenarnya sengaja nak kacau dorang amik gamba. budak2 junior kan. hihi nasib baik mereka semua sporting walaupun hakikatnya sangatlah malu ye mereka. hihi cool sangat! ♥ *ramai lagi tp hilang tah kemana* hihi
okay masa ni bergambar bersama pelakon teater yang sangat sporting! hihi dorang memang hebat gila berlakon. sakit perut gelak tengok teater dorang. lepas ni memang takan miss nak tengok teater dorang lagi ♥ hihi
ni pun antara pelakon teater yang aien sempat tangkap gambar aien sorang dan dengan mereka. faham tak? buat2 faham jela kalau tak faham ayat aien ni. haha yang tgh tu lah pelakon utama, putera dan puteri. hensem dan lawo. hihi yang kiri ni dengan dayangnya. ehem laki ke girl ni? haha k. yang kanan ni abg Jee Makbol. kalau siapa kenal dia mesti tahu dia ni pelakon jugak sebenarnya ♥ hihi
hahh, hari tu pergi festival kebudayaan dekat Politeknik Seberang Perai. best sangat! Dekon dapat no 3 dan tarian takda rezeki nak menang. Insyaallah Tahun Depan. ececeh konfiden! hihi
geng-geng kekwa yang pergi festival (Y) rinduu gila masa ni. rinduu sangat! ♥ huhu
Dekon PTSB dapat no 3 :) Dekon tu bermaksud Deklamasi dan Lakonan. *mesti org tanya punya* hihi
masa ni kami lepak dengan Politeknik Kota Bharu. haha mereka semua sporting berbanding Poli lain. rapat dengan PKB je kat sana ♥ huhu
AIENROSDI ; bila orang pandang pelik dekat kita , kita pun akan pelik. dah kenapa pandang mcm tu? lelaki lain cerita , ni perempuan. gua takda masalah dengan lu janganlah pandang kerek -.- abaikan orang macam tu (Y) nak fokus study. nak pointer tinggi. nak macam2 lah. hihi study smart untuk cemerlang! amboi ayat! hihi ♥
♥ ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH ALLAH , ILOVEYOU ALLAH ♥
Result Final Exam ♥
27 May 2013 | 11:19 PM | 3 candie blossom
ASSALAMUALAIKUM
hai kawan2 , apa khabar semua? sihat tak? ehem ehem! hehe semangat sangat nak update blog hari ni. hihi aien nak share result aien dengan kengkawan boleh tak? hehe boleh lah ye ye ye ;) nampak tu gambar happy kat atas tu! excited sangat ni ♥ hihi
hari ni result final untuk student Politeknik keluar. so macam biasa hati rasa berdebar jantung rasa nak tercabut semua ada. tapi excited sangat nak tahu. macam mana tu? hehe tapi serious, nak tunggu result keluar tu macam apa jela kan. mmg tak boleh nak buat apa.
masa result student UITM keluar , aien pun excited gak sbb nak tahu bestfriends aien punya result. Alhamdulillah semuanya okay! bangga dengan mereka berdua. si sepet dan si speaker! HAHA lepas dapat tahu result dorang, tetiba aien terfikir aien punya result padahal lama lagi nak tunggu result Politeknik. hihi tak habis2 bising kat dorang pasal result. yelaa 1st result kan.
hari demi hari tunggu, walaupun masa tu ada lagi 2minggu. lama lagi tu sibuk nak tahu result. hihi 1st dalam kepala otak ni fikir "janganlah ada repeat, cukup lah lulus pun" "kalau boleh nak dapat 3.0 ke atas kalau tak dapat 3.5 ke atas pun" haaa! tu je yg aien dok fikirkan.
and nak tahu, apa yang aien fikirkan tu lah aien dapat! Alhamdulillah syukur sangat! walaupun takdapat 3.5 tapi dapat lah 3.0++ and takda repeat tu penting! syukur sangat! memang tak sangka aien boleh dapat pointer mcm tu. hihi excited sangat!
masa nak bukak tengok result tu , sakit hati portal takboleh bukak sbb ramai sangat bukak kot sampai tetiba ada sorang kawan PTSB ni dia update status bbm result kena tahan. wuhoo! masa tu dah pelik tanya dia kenapa kena tahan rupanya sbb ada buat kesalahan masa duduk asrama. tgk2 kawan aien pun kena macam tu result kena tahan sbb bilik kotor , lagi buat aien takut! sumpah masa tu fikir macam2 dgn takboleh bukak nya lagi.
dah fed up ni nak bukak tak boleh last sekali disebabkan tak sabar, suruh mmbe bukak dan dan dia lah bgtahu result aien. hihi rasa macam tak percaya masa dia bgtahu tapi mmg bersyukur sangat! hihi memang terjerit lah jugakkan. taksangka oh taksangka! hihi nasib lah result tak kena tahan. memang lega sangat! Alhamdulillah.
kawan2 rapat aien yang sama course Alhamdulillah semuanya takda Repeat. yeayyy! boleh satu kelas lagi next sem! hehe tak sabar nak jumpa dorang. rinduu sangat dengan dorang. kami semua pakat nak buat betul2 next sem. Insyaallah. tanak main2. buat betul2. tanak ada repeat. takut! ni yang semangat nak belajar lagi ni. hihi
kami berlima sentiasa bersama dan Alhamdulillah kami semua result semuanya okay dan yang penting takda repeat! yeayyy! yang paling penting kami tetap satu kelas next sem! yeayyy tak sabar nak jumpa dorang. sayang gila dengan dorang. Semoga persahabatan kami kekal hingga ke Jannah! amin! rindu gilaaaa woi! ♥
next sem buat yang terbaikk okay! Tahniah kawan2 kelas yang dapat AKJ mahupun pointer tinggi :) yang ada repeat tu, haaa degil tanak study sekali kenapa?! *marah ni* next sem buat betul2 :) sayang DPM 1A :) sem depan dah DPM2A ♥ yeahhhh! hihi
kawan kawan yang dapat AKJ tu tahniah ye! korang memang hebat! yang ada repeat tu jangan sesedih ye, next sem buat yang terbaik! yang tak dapat AKJ tapi pointer okay tu next sem dapatkan AKJ yee? *cakap pada diri* hihi Insyaallah semua akan okay! buat yang terbaik next sem! :) thanks buat family tercinta, kekasih hati dan kawan terbaik yang sentiasa support aien untuk terus berusaha dan tak pernah putus bagi semangat kat aien bila aien rasa down. sumpah sayang mereka semua! Insyaallah next sem aien akan buat yang lebih baik! amin! :')
AIENROSDI ; 3.23 pointer aien ♥ Alhamdulillah taksangka boleh dapat pointer sebaik tu, serious! Next sem cuba yang terbaik. kalau boleh dapatkan pointer lebih tinggi lagi ♥ Insyaallah. amin!
♥ ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH ALLAH , ILOVEYOU ALLAH ♥
hai, saya kembali :)
20 May 2013 | 6:29 AM | 2 candie blossom
ASSALAMUALAIKUM
ehem ehem! Ya Allah lamanyaa tak update belog. lama sangat. sangat lama. kannnn? hmm ada lagi ke org nak baca belog aku ni? sedihnyaaa :'/ sedihnya jarang update belog aku ni. busy sangat lepas masuk study ni. ececeh! baru 1st sem dah macam sem akhir pulak busy nya. ihikihik!
sekarang tgh cuti sem, bosan tahap tak boleh nak kata apa. nasiblah cuti ni buat partime. yeahh kembali menjadi partime parkson yang bosan jugak yang sememangnya takda life disana ye. *muka sedih* tapi takpa! janji duit masuk. hihihi
macam mana dengan study? hmmm Insyaallah setakat ni boleh pergi lah. boleh lah boleh. hehe tapi takut jugak! tanak ada repeat! tolonglah jangan ada repeat. gua mimpi agama gua failed! padahal agama tak masuk dlm final pun -.- ceh! hehe 28MEI ni mungkin result keluar. Ya Allah, hanya Tuhan je tahu betapa cuaknya bila nak tahu result. tapi excited semacam pun ada jugak ni. haraplah dapat keputusan yang baik. Amin!
bila dekat sana terasa nak balik Kajang, bila dekat Kajang terasa nak balik Kulim. balik Kulim? eceh cerita macam ada je rumah kat sana nak balik. maksud saya Kamsisku Syurgaku! *mata pandang atas* rinduu aktiviti dekat PTSB. rindu kengkawan dekat PTSB. rindu semua dekat PTSB. ececeh! dulu sebelum masuk berkeras tanak pergi kononnya jauh tapi bila dah masuk , hmmm syok pulak! hehe plan nak tukar POLI terus hilang. eheh! betul lah orang kata, pergi dulu baru tahu best ke tak, silap2 tanak balik. amboi! melampau tanak balik. hehe
saya rindu mereka , sayang mereka. nak tunggu bukak sem pulaklah jumpa mereka. hm hm *cedih* ni gamba masa kami buat parody untuk projek komputer. dan dan nak tahu? kami juara wakil kelas! hehe *bangga* krikkrik! hehe
kawan2 kelas. kami dari DPM 1A sesi December :) rindu budak2 kelas jugak. mengharapkan takda sapa yang repeat sem depan , bolehlah satu kelas lagi. hehe gambar ni separuh je, yang lain semua malu nak snap. mengada tau! hehe
kawan2 yang saya rapat dulu sebelum rapat dengan yang lain. rinduu dorang! sejak masing2 busy dengan kelas dah jarang lepak. dulu sebelum kelas start kami sentiasa bersama. rindu nak lepak dengan korang! gambar ni masa minggu kamsis kot. hehe :)
nak dekat akhir sem lah rapat. rapatnyaa! rinduu sangat! hehe start rapat sangat masa minggu kamsis. lepak dengan korang tak pernah bosan. sentiasa gila, sentiasa gelak! rinduu sangat nak lepak sekali! bukak sem lepak tau! rinduuu sangat :')
masa cuti sem ni pulak, saya berjimba dengan teman baik , teman menggila , teman memekak ni pulak. hehe eleh! bukannya selalu keluar jugak. geram ni! kerja punya pasal. haaaa rinduu mereka berdua ni jugak! sangat rindu :') gambar ni masa berjimba di Mid Valley! hihi
budak kecik ni. rindu sangat! lama sangat tak meet dia ni. sejak masuk poli sampai cuti sem tak jumpa2. bila nak jumpa ni? kakak rindu adik sangat tau! rinduu sangat ;'/
yang ni pulak, hm nak sedih boleh tak? lama dah tak jumpa dia. rindu sangat! ;'/ sejak cuti sem ni dapat jumpa dia sekali je. itu pun kejap. nampak tak lamanya tak jumpa tu? bila nak jumpa je mesti saya ada hal. sedih. kesian dia. sorry sayang! saya rindu awak ;') hm
kalau ikutkan hati gambar apa yang ada nak masukkan je. cerita takan habis kalau dah bukak ni. hmm nampak tak semangatnya aien dekat sini? lama sangat tak update belog. *sedih* muahhhh belog! hehe macam2 yang nak dicerita tapi itulah, cukuplah sampai disini saja ye. later update lagi. hehe
kawan kawan! rindu saya tak? rindu tak rindu tak? hehe saya rinduu semua kengkawan saya. yang dekat PTSB, yang dekat mana2 yang ada lah. hehe hmmm
AIENROSDI ; demam hari ni ;'/ tapi gagahkan diri nak update sbb dah janji pada diri nak update hari ni. nampak tak? nampak tak semangatnya saya? hehe asyik dok semangat je dari tadi -.- HAHA
♥ ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH ALLAH, ILOVEYOU ALLAH ♥
blog oh blog ♥
08 February 2013 | 12:55 AM | 2 candie blossom
Assalamualaikum
setelah sekian lama tidak meng-hapdet belog , akhirnya akhirnya hari ni telah ku update ini belog. hehhe rindu tahap kuasa 70ribu dah ni. sedih bila belog dah jarang update. muah sikit muah sikit! *bermanja dengan belog*
sejak masuk poli lah ni dah jarang online, eh salah! online tu takda lah jarang selalu jugak hehe kantoi ye disitu kantoi! memanjang dengan twitter ehem! siapa ada? meh sini follow @AienRosdi dulu. hehe
hari ni sempat update belog sebab dekat rumah dah. yeayyy! cuti seminggu! ini sangat heaven ye sangat sebab dapat balik rumah :) al-maklum lah poli dengan rumah jauh. kalau dekat setiap minggu balik tapi sebab jauh kena tunggu cuti panjang baru balik :( sedih!
wuhuuu! minggu depan chinese new year! btw kawan2 chinese tu happy chinese new year! gong xi fa cai! wo yao hong bao! ge wo please please! siapa nak layan aku ni? ada pulak mmbe cina tgk belog aku --' kikiki
masa duduk poli macam2 ragam manusia aien jumpa. biasa lah dunia IPTA. lagi satu sebab tempat belajar kebanyakkan budak melayu. haha pelik kan aien ni? yelaa dah biasa dengan tempat belajar yg ramai cino. berbeza lah jugak tapi best jugak! kawan? ramai dah ramai dah! hehe tapi biasalah kekadang ada yang tak puas hati ada yang dengki ada yang terasa and macam2 lah. kena pandai2 hidup bak kata cousin aien tapi yang paling best bila dapat kawan yang satu kepala. hahh! memang rasa poli tu kteorg je ada. hehe
nak dekat 2bulan dah aien study. wuuu mcm2 kerja kena buat. assignment test quiz group discussion tutorial mcm2 lah. penat tu memang penat lah. nak buat canno, terima jelah! hehe
minggu lepas poli aien buat minggu kamsis! ni lagi menambahkan penat ni --' sebab aktiviti minggu kamsis buat malam! bayangkan lah pagi sampai petang kelas mlm aktiviti memang esok pagi mata tu tareti nak bukak ahh bila nak pegi kelas, payah! tapi sebenarnya okay je cuma penat! yang paling best dlm minggu kamsis tu masa sukaneka dengan malam kebudayaan, sukaneka aien masuk "futsal". futsal pakai kain batik! haa korang ada? haha kelakar sangat! tapi best lah dapat no3. hehe malam kebudayaan pulak blok aien buat "boria" haha kelakar sangat! tapi dapat no4 je. sadis! nak tengok gambar tak? hehe
hensem tak kami? kahkahkah ini lawak! hehe rindu mereka! ♥ #TeamBoria
futsal pakai dengan kain batik. cool sangat k! hehe baru kenal semua ni ♥ hehe #TeamFutsal
korang semua dekat tempat belajar mesti ada kawan2 kan? kawan2 rapat ke kan kan kan? macam aien lah. ehem ehem! hehe sekarang ni aien rapat dengan classmates. standard la kekadang antara kami ada yang terasa hati kan. nak bermanja lettuw! eh? hehe kemana2 mesti sekali. belajar ke menghabiskan duit ke haaa sekali lah tu package! hehe
haaa! ni lah classmates paling rapat. hehe yang paling gila dalam ni mia(kuning) efa(hitam) dengan siti(putih)! haha putry(pink) dengan eida(biru) ni diam sikit gelak je kejenya -- haha
kalau ikutkan nak cita pasal poli memang tak habis lah citanya! hehe yang paling penting sekarang dekat rumah! yeayy! ini sangat penting! hehe rinduu kawan2 dekat Kajang! sangat! budak2 parkson, budak2 sekolah dengan sepet aien lagi. hehe hmmm rindu sangat! eh lupa dengan tercinta aien sekali. rinduuuu sangat! hmmm :')
awak! saya rindu awak! hm nak jumpa nak jumpa nak jumpa nak jumpa nak jumpa! saya sayang awak! sayang sangat! saya nak mintak maaf kalau saya jarang ada masa untuk awak. awak tetap dalam hati saya tau! ♥
AIENROSDI : bila dekat poli rasa nak balik sangat rindu rumah tapi bila dekat rumah rasa macam nak balik poli. mcm mana tu? hehe tak aci! sem 1 dapat vucher lepas raya cina :/ eh? lari tajuk! hehe
♥ ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH ALLAH, ILOVEYOU ALLAH ♥
Siswi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ♥
23 December 2012 | 11:33 PM | 6 candie blossom
Assalamualaikum
hai semua! anda semua sihat tak sihat tak? hehe nampak tak aien sihat tu? ada orang kata kan kan aien makin berisi. ahaks! tipu jeee tau. aien rasa aien cekeding jee. sedihnya!
nak tahu? aien dah jadi siswi sekarang. pelajar IPT tau. hehehe kawan2 aien semua dah masuk sem 2 aien baru nak masuk sem 1 ketinggalan 1 sem. sadis sadis!
aien sekarang belajar dekat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) , Kulim Kedah. satu2nya Politeknik namanya perempuan wuu bangga sekejap! hehe siapa study dekat sini? meh sep sikit! kita geng! ehehe aien duduk kajang tapi belajar dekat Kedah. jauh tak? sadis.
9/12 aien mula daftar dan mulalah orientasi Minggu Haluan Siswa (MHS). lepas daftar ibu bapa dibenarkan balik. masa tu ayah pun balik. sedih je kena tinggal tapi saya tak menangis. kuatkan saya? hikhik!
sepanjang MHS aien rasa kosong gila sebab takda kawan yang satu kepala. sedih sangat! hehe memanjang dengan roomate. roomate pun biasa je. sampai hari terakhir nak habis MHS baru aien jumpa kawan yang satu kepala masing2 dari KL. sangat cool! hehe
lepas MHS habis hari khamis, kami dibenarkan balik sebelum mula kelas pertama hari ahad. kalaulah rumah aien dekat memang aien balik! tapi jauh :( so kena duduk hostel agak sedih lah masa tu tapi takpa ada geng. hehe
sebelum kelas mula kteorang out-ing. 1st ingat Kulim ni takda apa tapi jangkaan saya salah sebab mcm2 ada rupanya. siapa duduk Kulim mesti tahu Giant dekat Kulim tu kan? ada karoke ada wayang ada boling ada mcm2 lagilah. mcm tak percaya. hehe maju jugaklah, eh? haha kami pergi Giant beli barang yang perlu. naik teksi jugaklah nak pergi. huhu
*atas* shaa, aien, hanna, kiyah, shafiqah
*bawah* hanna, aien, jihaa, shaa, shafiqah, kiyah
dorang lah kawan yang aien rapat dekat sana, tapi tapi mereka semua satu course aien sorang course lain. kesiannya aien :'( hehe hmm
Tibalah hari yang dinantikan. ececeh! sebenarnya kelas pertama nak mula. Rasa takut bila nak masuk kelas. tatahu kenapa? hehe semangat pun ada jugak ni. Alhamdulillah sepanjang kelas semuanya okay. classmates pun okay jugak tapi biasalah ada yang tak masuk jugak. mungkin sebab baru lagi kot. mungkin?
Dah masuk hari kedua ketiga dan hari seterusnya mulalah banyak kerja nak kena buat. Group discussion lah, Quiz lah. baru masuk belajar dah ada kerja. nampak tak nampak tak kesiannya saya. uhuk uhuk! Insyaallah semuanya okay :)
Dah dekat 2minggu aien depat PTSB dan tiba masanya balik rumah sempena cuti krismas selama seminggu! Ya Allah happy gila sangat dapat balik rumah. hehehe jumaat baru balik, kalau tak khamis dah bleh balik tapi dah beli tiket balik jumaat. Nak cerita sikit ni, patutnya aien balik pukul10 pagi masa jumaat tu tapi pukul5 ptg baru gerak. Nak tahu sebab apa? sebab bas rosak! Ulang suara! Bas rosak!!! memang menyakitkan hati. sedih je rasa. bila dah sampai jalan duta bas yang sama rosak balik. sedih lagi tapi nasib dah sampai jalan duta. kalau dia rosak balik kat highway memang menangis tak berlagu lah. Terasa takda function balik masa tu. dugaan dugaan sabar jelah.
♥ DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN ♥
♥ KELAS DPM 1A ♥
haa ni lah classmates aien. act ada lagi tapi mereka ta mahu bergambar. tak sporting pulak rasanya. tapi takpalah , mungkin baru lagi kot :)
masa ni ada sesi fotografi untuk terbitan abum PTSB :) comel tak aien? har har sila muntah sekarang. hehehe ♥
cuti krismas ni macam tak cuti sebab lepas habis cuti ada quiz ada presentation. hukhuk sedihnyaaa! :'( study dan study dan study! bila malas datang mulalah malas nak study! takboleh2! kena study untuk masa depan! yeayyy! ♥
AIENROSDI : belajar tempat jauh tak mematahkan semangat kita untuk belajar. Belajar hidup berdikari. Insyaallah boleh ♥
♥ ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH ALLAH , ILOVEYOU ALLAH ♥
assalamualaikum. hai ♥
05 December 2012 | 8:09 AM | 3 candie blossom
assalamualaikum
hai semua? apa khabar? baik ke tak? tak ke baik? ehh? hehe saya disini baik-baik saja. hmm nampak tak perasannya tu? takdapun orang nak tanya aien sihat tak, perasan jawab sendiri. hehehe wuu wuu gambar tu masa pergi PD 2hari lepas. comelkan? *angkat kening* hehehe
lepas saya post pasal arwah nenek blog saya terus diam membisu semula. huk sedihnyaaa lama tak update belog! mesti takda masa. dah berhenti kerja pun tetap takda masa. haish haish! rindu sangat nak update belog. dulu selalu update, tak sah kalau tak update. setiap hari you know setiap hari. hehe
sekarang dah bulan 12. pejam celik pejam celik dah bulan 12. mak aih cepatnyaa dah akhir tahun :O sungguh ku tak percaya bulan ini bulan 12 ah ah. *ala ala lagu dangdut* ceh! bulan ni aien dah mula masuk belajar di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah. hah amik! panjang ke idak nama poli saya, hehe duduk Kajang tapi Poli kat kedah. jauh ke dekat? alaa sebelah rumah je. *lap air mata*
belum sambung belajar belog dah jarang update apatah lagi masa dah belajar nanti. kesiannya belog haku woi! *tumbuk dinding* lagi 2hari ni nak pergi Kedah. hai Kedai, hang tunggu cek mai sana. hang tamo lari kang cek menangis nak mengejar hang. paham idak? hahh dah habak kedah dah. ntah betul ke tak aku meraban tu. hantam saja lah. hehe
*cakap dalam hati sambil pandang ke langit* bersediakah aku nak pergi study ni? Kedah. bukan dekat, jauh tu. aien, ingat! kau pergi sana nak study bukan memain. tolong focus bila kau dekat sana nanti. jangan nak enjoy. Tolong banggakan family kau kawan2 kau. ingat tak aien? kau kena ingat. Bila rindu, tataplah gambar okay? hehe ehh? hmmm boleh ke aku bila dah jauh nanti? aku sorang pulak. Insyaallah aku boleh. Insyaallah. Allah kan ada, yee Allah sentiasa dengan aku. *tamat mengelamun*
hahhh! seronok youalls mengelamun tadi. sedih je ayat! hehe hmm Insyaallah saya boleh. belajar hidup berdikari pulak lepas ni. hehe barang-2 nak pergi sana belum packing habis. nampak tak betapa last minitnya saya buat kerja. tolonglah sampai sana jangan nak last minit sangat buat kerja. hmm
nak tahu tak, aien nak tunjuk kawan2 yang rapat dengan aien sekarang. dorang semua gila2 macam aien and memang satu kepala. nak tengok tak? hehe kejap eh kejap.......
nampak tak muka saya macam hantu tepung? hehe yeahhh! ini lah yang saya nak tunjuk. mereka mereka yang saya rapat sekarang. sangat rapat tau! ada lagi kawan yang rapat but mereka takda masa ni, huhu saya takan lupa masa ni. masa birthday saya 7october. mereka buat surprise woi surprise! *lap air mata* terharu sangat! mereka ni kawan kawan masa tempat kerja. Parkson friends! forever friends! yeahhh! saya takan lupakan mereka. sumpah takan lupa. mereka kawan paling gila paling best! love them muchh! eja, kak oli, farrah, min, ace, lan, shah, zul, mok, botak, zam *takda dalam gambar* acap, fendi, qyla, afiq, capik, marol ♥
ini pun sama. sayang jugak. sayang sangat dengan mereka berdua. forever sayang! yang sepet saya tu dah lama gila dah sayang. yang si lopu saya shawl hitam tu baru je sayang dia tahun ni sebab tahun ni baru kenal dia. kikiki takan lupa jugak masa ni. masa ni mereka pun buat surprise birthday untuk saya walaupun birthday dah lepas! *lap air mata* terharu gila. hehe mereka berdua sangat gila jugak. memang bila kami bertiga dah jumpa, dunia pun boleh terbalik. eh? hehe sayang mereka sangat tauuu! muah sayang Farah Maza ♥
yang ini yang ini yang ini adik tercinta saya. kalau dia senyum memang takpernah nak nampak mata. tengok tu! comel sangat macam kakak dia yang pendek ni. ehh? hehe budak manja ni. kakak takan pernah lupa tau sayang! sayang rindu dia sangat! the best adik ever! sayang sangat Dyra ♥
okay yang ni forever love! saya sayang sangat sangat sangat dan sangat lelaki ini. kenalkan kenalkan? hehe inilah buah hati jantung mata hati semuanya lah. dia sentiasa dalam hati saya. 4tahun lebih saya bersama si dia. lama tak lama jugaklah kan? Insyaallah dia lah yang terakhir dalam hidup saya. lepas ni kita dah jauh. pertahankan hubungan kita ye sayang! saya takut hilang awak. takut sangat! iloveyou NikMohdShahriza ♥
arwah nenek tercinta ♥ saya sentiasa merindui nenek saya. semoga nenek tenang dekat sana. 2minggu tepat dah nenek meninggalkan saya. rindu nenek sangat! malam mesti bacakan yassin untuk nenek. saya rindu nenek sangat! sangat! :'( *lap air mata* tengok gambar tu, nenek pelok saya :') hmm sayangg nenek sangat! Insyaallah saya datang ,elawat kubur esok pagi. nenek, tunggu akak ye :') Al-fatihah untuk nenek.
sampai disini sahaja mungkin cerita saya. hehe nak lagi cerita? hari lain kot. kot lah kot. Insyaallah kalau ada masa update lagi. tahu lah rindu tahu lah. hehe lepas ni dah sambung belajar. ohh belajar ohh belajar! aien , kau boleh! kau boleh! Insyaallah, Jaga diri aien. ehh? hehe
aien pasti akan rindu mereka yang di atas ni. pasti akan sangat rinduu! saya takan pernah lupa dan takan sesekali lupa mereka. mereka dihati saya selain family tercinta ♥
AIENROSDI ; belajar dan terus belajar untuk mencapai cita-cita. semangat dan terus bersemangat okay. Insyaallah boleh berjaya. amin! nenek, akak rindu nenek :') #Al-Fatihah.
♥ ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH ALLAH , ILOVEYOU ALLAH ♥
kehilangan nenek tercinta :'( #Al-Fatihah
22 November 2012 | 12:32 AM | 0 candie blossom
ASSALAMUALAIKUM
pada 21november12 pukul 6.12am nenek saya Hajah Aminah kembali ke rahmatullah. Innalillah. ajalnya telah sampai. aien terasa kehilangan sangat. sumpah sedih. hmm *gambar dengan nenek tercintaa. tengok! nenek tengah senyummm :') hmm
macam tak percaya nenek dah takda dalam dunia ni. macam tiba-tiba dia pergi tinggalkan aku. memang rasa tiba-tiba sangat. hmm
malam sebelum nenek pergi , nenek pergi berubat dengan makcik. masa tu aku takda dekat rumah nak ikut nenek pergi berubat. bila nenek dah balik dari berubat nenek terus nazak masa tu. tak percaya nenek dah nazak sebab pagi tu nenek okay lagi. hm
makcik suruh amik wudhu' baca yassin. pantas aku amik wudhu' terus amik yassin dan baca. bayangkan masa baca tu aku menangis. menangis teresak-esak sambil baca yassin. sumpah tak tahan. aku nampak nenek tengah sesak nafas. kesian nenek. berulang kali aku baca yassin untuk nenek. masa tu nenek dah tak sedar orang, sesak nafas je. hm
pukul2 pagi, nenek still macam tu. dah nazak. aku tertidur dalam bilik sampailah tiba-tiba akak sedara aku kejut laju-laju suruh bangun. dengan mengejut aku bangun terus tengok nenek. aku keluar bilik tengok mata nenek dah tutup dan takda sesak nafas. nenek diam membisu. aku terus pegi kat nenek, usap kepala nenek dan mengharapkan nenek bukak mata. harap sangat nenek bukak mata ;'( tapi nenek tetap diam. aku terus amik wudhu' balik dan terus baca yassin. Ya Allah, sumpah aku tak percaya nenek dah takda masa tu. aku terus berharap nenek bangun balik. tapi nenek tetap diam. aku kejutkan nenek, dia diam jugak. aku menangis teresak-esak. aku tak peduli orang pandang, aku nak nenek bangun jugak. ibu kata jangan menangis tapi aku tak boleh tahan, makin laju esakkan aku. hmm ibu suruh pergi dekat dia dan baca yassin sekali lagi bersama dia. makcik kata sebelum subuh nenek akan dikebumikan. masa tu rasa sedih sangat. cepatnya nenek pergi. hmm pukul8 aku mandi dan siap pakai baju kurung. tetiba kawan-kawan parkson datang. hm terharu mereka datang. eja datang kat aku, aku terus menangis. sumpah taktahan. hm kak oli, min, ace, eja, mok sekali dengan aku baca yassin untuk nenek. lepas tu farrah dtg dan baca sekali. hmm terima kasih korang sebab datang. sayang korang. lepas habis baca yassin, nenek kena bawak pergi belakang dan mandikan dia. hmm masa dia dimandikan, sebak je tengok. aku nak tolong tapi tak dapat. sumpah sedih. aku menangis lagi. kenapa nenek pergi? cepatnyaaa :'( lepas mandikan nenek, kapankan nenek. aku tengok nenek kena balut satu badan. sebak dan sebak sangat. aku tak boleh tengok nenek macam tu. diam dan tak bergerak langsung. aku harap sangat yang dia bangun tapi aku tahu nenek takan bangun :'( lepas nenek dikapankan, sebelum muka nenek ditutup. kami semua diberi peluang tatap nenek buat kali terakhir. orang kata masa cium jenazah, air mata tak boleh jatuh dekat muka dia sebab tak elok. sedaya upaya aku tahan untuk menangis tapi tak boleh. masa cium nenek, aku cuba tahan menangis. hmm aku dapat tahan. aku tak sanggup tengok nenek macam tu. sedih sangat :'( hmm nenek pun dibawa ke surau untuk solat jenazah. lepas solat jenazah, aku pergi kubur nenek. hmm dengar imam bacakan talkin baca doa semua dan kami terus balik. hm Alhamdulillah selamat nenek dikebumikan. masa kat rumah, rasa lain sangat bila takda nenek. selalu kalau sampai rumah mesti dah dengar suara nenek bising. tapi bila masuk, dah tak dengar. aku rinduu nenek :'( mana nenek? nenek, akak rinduu nenek :'( malam bacaan tahlil dekat rumah. nik datang. terima kasih awak. tapi tak sempat nak jumpa, awak balik cepat sangat. hmm bacaan tahlil pun selesai. Alhamdulillah. malam ni ada lagi. cousin aku cakap, orang baru meninggal ni, roh dia masih ada lagi berlegar2 dalam rumah. betul ke? dia kata dia nampak nenek tengah tengok kita. betul ke? kenapa aku tak nampak? aku nak jumpa nenek. aku nak pelok nenek. aku rinduu nenek :'( nenek...... hm malam ni ada bacaan tahlil lagi dan Insyaallah kawan baik saya datang. hmm hari ni aku okay sedikit tapi aku terasa lagi dengan pemergian nenek. pagi-pagi selalu dah dengar suara dia bercakap. hm tapi pagi tadi aku bangun tak dengar suara nenek. hmm aku terasa kehilangan sangat. neneklah jaga aku dari kecik. dari aku lahir lagi sampai sekarang. aku tak pernah jauh dari nenek. bila nenek dah pergi jauh, aku rasa kehilangan sangat. siapa lagi nak bebel dekat aku? siapa lagi nak nasihatkan aku? siapa lagi nak marah dekat aku? siapa lagi siapa lagi? nenek, akak rinduuu nenek sangat! nenek baliklah jumpa akak. akak nak jumpa nenek.... :'(
gambar masa raya tahun ni. tahun ni, tahun terakhir aku beraya dengan nenek. Ya Allah, sedihnyaa. tahun depan dah takdapat raya dengan nenek. mesti terasa sangat masa tu :'( aku rinduu nenek :'( nenek.........
atuk pun mesti terasa kehilangan sangat atas pemergian isteri tercinta. aku tak sanggup tengok aku menangis sendirian teringat nenek. atuk lah orang yang setiap hari setiap masa menjaga nenek. terasa sangat kehilangan. semoga atuk aku tabah dengan semua ni :'( nenek, akak rinduu nenek. kenapa nenek pergi dengan tiba-tiba. nenek, maafkan akak kalau akak ada buat nenek sakit hati, buat nenek terasa hati dengan akak selama ni. akak banyak buat dosa dengan nenek. nenek, maafkan akak. nenek, siapa nak pujuk akak kalau akak tengah marah, siapa nak buat akak ketawa lagi? akak sayang sangat dengan nenek. akak rindu sangat dengan nenek :'( akak nak jumpa nenek. nenek........ :'(
*Ya Allah, Engkau tempatkanlah nenekku dengan orang-orang yang beriman. semoga nenek tenang disana. amin! #Al-Fatihah
AIENROSDI : setiap yang hidup pasti mati. kita yang hidup kena teruskan hidup. jangan sedih aien jangan sedih. nanti nenek sedih tengok sedih macam ni. Redhakan pemergian nenek. doakan nenek selalu. amin! aku sayang nenek :') #Al-Fatihah
♥ ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH ALLAH , ILOVEYOU ALLAH ♥
Selamat Hari Raya ♥
24 August 2012 | 7:10 AM | 1 candie blossom
Assalamualaikum *nyanyi* Selamat Hari Raya, Hari Untuk Kita Bersuka Ria, Selamat Saya Ucapkan ...... hm hm okay maaf lupa lirik. cisss! *tutup muka* okay mari semua mari. *hulur tangan* *salam* *cium pipi* okay ini semua untuk perempuan. lelaki? ayah je boleh. kay pergi jejauh. eh? hehe wuu wuu baru terasa nak hapdet belog setelah sebulan lebih telah ku abaikan belog ni. rinduunyaa rindunyaaa! *pelok belog* hehe hari ni raya ke-6 dah . pejam celik pejam celik dah raya ke-6 kan kan? macam tak percaya. macam cepat sangat masa berlalu. masa bulan Ramadhan aien langsung tak sempat nak hapdet belog. kesiannya saya :'/ hm hm busy sangat kerja. raya ke-6 ni pun dah start kerja. huhu rajinnyaaa saya, eh? K. kawan-kawan macam mana raya korang? best tak best tak? hehe wuu mestilah best dapat duit raya. yehuuu yehuuu *lompat katak* eh? hehe saya yang dah 18tahun tak cukup 18tahun pun dapat tau. *angkat kening* hehe tapi tak banyaklah. percaya tak duit raya saya dah habis? eh? ntah eh? K. *mata pandang atas* raya pertama macam biasa aien raya dekat kajang then pergi bt10 cheras. hehe nak tahu, kampung aien dekat je, kajang cheras kajang cheras kajang cheras. k untunglaaaah siapa kampung jauh tu. merasalah jalan jauh. den ni haaaa tak sampai setengah jam sampai dah haaa kampung den. cis! *muka tak puas hati* ingat nak balik kelantan. eh? kampung siapa pulak kelantan? lalala hehehe raya pertama paling best lah cerita dia kan sebab dapat jumpa family besar. pakcik makcik kakak abang adik sedara sepupu sepapat semua. hehe raya pertama jelaaaa poket penuh dengan sampul raya. *cough* hehe sampai raya kedua ketiga poket dah takmasuk duit raya sebab dah tak ikut family beraya. huhu raya pertama malam, raya kedua dan ketiga aien raya dengan kengkawan. tengok tu tengok. semangat tahun ni raya dengan kawan. sebelum ni raya dengan kawan sehari je. tu pun sekali gus. ini dah tiap-tiap hari raya ni tau. haaaa lagi2 ada lesen. amboi aien melebih ni aien ni tau! *tongkat dagu* hehe best gilaaa raya dengan kawan. kawan tempat kerja pulak. nak kata raya tak raya sangat, pergi merayau je. hehe habiskan duit raya-.- K ni rasa macam nak guling bawah katil sebab guna duit raya. hoho raya pertama- *nyanyi* bangun pagi gosok gigi cuci muka pakai jubah. eh? hehehe raya pertama aien berjubah kelabu. wuu wuu semangat 1st time pakai jubah rasa macam comel sangat. eh? perasan ni perasan. *muntah darah* mohon jangan bash saya T.T hehe lepas tu tunggu makcik pakcik semua datang dan kami pun beraya. lepas tu ayah pulak sampai and nak bawak kami pergi bt10 pulak. then kteorg geraklah bt10. sampai je takdalah ramai sangat. lepas tu duduk berborak dengan sepupu sepapat aien dalam rumah tu makan-makan. lepas tu takda kerja nak buat apa lagi. bergambar time. wehuu wehuuu paling semangat adalah Aien Rosdi! *lambai tangan* okay. memang banyak sangat gambar sebenarnya. hehe lepas raya rumah nenek pergi rumah tokcu pulak. wuu wuu ada buat makan-makan lagi. bertambah tembam pipi aien dibuatnya ni. ohhmyy ohhmyy! hehe ada ke patut kawan aien kata pipi aien makin tembam tapi badan tetap keding T.T saya ni makan untuk badan ke untuk pipi ni? *angkat kening* wuu wuuu sedih je. hm hm malam pulak pergi ikut maza and nazmir pergi jumpa gf nazmir dan dan alang-alang beraya rumah gf nazmir. er um hm gr okay saya ikut je. lalala lepas tuuuuuu kteorang pergi rumah lyy! ihiks ihiks! dah malam gila serang rumah lyy memang terbaik sangatlah kan. hehe lepas tu serang mcD. ni lagi terbaik. ni pergi beraya ke bagi duit raya ni? Okay. hehe raya kedua- bangun pagi mandi duduk rumah sampai petang dan memang tak plan langsung nak keluar. serious takda planning. lepas tu aien tengok status BBM tetiba lyy update and tanya takda siapa ke nak bawak dia beraya. Okay dalam fikiran dah plan ni nak keluar tapi tapi takut atuk tak bagi pinjam kereta :'/ huk takut. lepas tu kan kan tanya atuk lepas tu kan kan yeayyyyy atuk bagi! hehe lepas tu kan kan nak bawak kereta tapi kan abang sibuk nak ikut -.- okay bagi abang bawak kereta and saya jadi boss duduk sebelah. eh boss duduk sebelah driver? K mengarut. lepastu kteorg pergi amik lyy dan maza! hehe orang yang sama lagi -.- nazmir je takda. kikiki dah amik semua pergi rumah kak oli. wuu wuu dapat makan. eh? hehe lepas pergi rumah kak oli takda plan pulak nak pergi mana. lahai-.- lepas tu tetiba plan pergi main boling. hehe tengok tu tengok. bagi duit raya lagi -.- macam mana duit raya tak habis? Okay. lepas tu main boling tetiba plan pergi rumah lyy pulak. hehe rumah lyy lagi!? -.- kali kedua aien pergi rumah lyy. Okay. buat muka takmalu masuk lagi rumah lyy. hehehe masa pergi rumah lyy tetiba min pun sampai dan lepas raya rumah lyy raya rumah aien pulak dan dan sangat lewat malam dah sebenarnya. lepas raya rumah aien, aien hantar maza and kak oli balik. dan dan tak sempat nak snap gamba ;'/ sempat snap masa rumah kak oli je. hehe bayangkan saya pakai baju kurung main boling. itu sangat cool sangat k. lulz raya ketiga- *nyanyi* bangun pagi pergi siap pakai baju gerak KL. eh? hehehe okay raya ketiga plan dengan maza dan lyy pergi KL. wehuuuu! menghabiskan duit! cis -.- maza dengan lyy lagi. nak tahu, memang beraya dengan mereka berduaa je ni tahun ni. eh? haha siap-siap pukul2 gerak KL. maza dengan lyy dah gerak dulu. aien gerak kemudian sebab ada hal. hal? okay hal lah. sibuk! eh? hehe then jumpa mereka dekat KL Sentral. hehe sampai sampai. dah kenapaaa maza dengan lyy simple gilaa dress-up? sumpah malu tapi buat muka comel je. abaikan abaikan. hehe sampai sana maza lah ni punya plan kata nak beli itu ini itu ini last2 satu itu ini pun takda dibelinya! -.- hampeh maza ni tau. hehe masa nak pergi BB , hujan ;'/ tak dapat redah. jalan dalam TS and hujan reda so pergi BB dan masuk BB rupanya lalu je. cihh! maza nak pergi pavi. okay maza okay. sampai pavi tetiba maza kata dia lupa kedai mana dia nak pergi. nak tahu? masa tu rasa macam nak lambung dia keluar pavi tu. hish-.- keluar pavi kami menapak pergi lowyat. nak tahu apa motif pergi sana? sebaaaab nak beli Batryy Blackbabyyy baruuu! eh? hehe yeayyy jumpaa yeayyy jumpaaa! hehe lepas tu kan, adik aien beli Blackbabyy baru. amboi semangat je dia pakai BB. sibuk ikut kakak dia ni-.- last2 bukan maza yang shopping , saya yang membeli. K. malam tu kan kan cakap dekat atuk nak pinjam keretaaa tau sebab nak pergi rumah babyy farah sepet omeyyy saya! hehe okay. pergi rumah dia kejap je-.- lepas pergi rumah dia bawak dia pergi mines. mengadaakan farah ni. saja nak naik kereta dengan aien. yelaaa dah tahu aien pandai bawak kereta kan kan? eh? hehe best sangat akhirnya dapat meet my babyy sepet! hehe raya keempat- wuuu wuu masa ni keluar dengan ayah pergi mines! hehehe mines lagi-.- okay jejalan dengan ayah pulak masa ni. dan dan kami tengok cerita step-up revolution! pehhhh sumpahh best awesomeeee gilagila! hehe rasa macam nak menari sekali dengan mereka dalam movie tu. awesome habis! nak tengok lagi nak tengok lagi! hukhuk sampai petang je lepas tu malam duduk rumah dan dan raya kelima saya mula bekerja! wuuuu semangat ni! hehe maaf quality gambar ni sangat low. al-maklumlah guna fon blackbabyyy! hehehe tamat sudah cerita raya saya. best ke tidak terpulang tapi saya rasa seronok menaip sampai lupa diri seketika. eh? hehe Di Kesempatan Ini saya Aien Rosdi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. batin? ada ke? *angkat kening* maaf kalau aien ada terkasar bahasa, terguriskan hati, terkutuk, termarah, terjeling dekat sesiapa saja yang kenal mahupun tak kenal. mungkin sengaja dan tak sengaja. eh? hehe maafkan saya yea semua. saya sayang anda semuaa! ♥ AIENROSDI ; jangan seronok sangat nanti sedih. eh? hehe adik2 nak amik exam tu jangan seronok sangat. jangan lupa baca buku tau. hehe perasan tak perasan tak yang aien tak update pasal hero aien pun kan kan? hehe tak sempat nak raya dengan dia sebab dia balik kampung ;'/ sedihnyaaaa! hm hm takpa ahad ni Insyaallah. hehe Selamat Hari Raya Semua! ♥ ♥ ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH ALLAH , ILOVEYOU ALLAH ♥ |