|
mulakan semula dengan ber-blogging :)
19 January 2016 | 7:12 AM | 1 candie blossom
Assalamualaikum
setelah sekian lama tak ber-blogging, harini terasa nak ber-blogging pulak! hehe last post tahun bila tu? tak silap 2 3 tahun lepas. lamanyaaaa tak tulis blog :p rasa macam baru lepas tak update. haha okay menipu sgt. huhu
Alhamdulillah tamat dah belajar selama 3 tahun dekat PTSB, Kulim. jauh tu study. sanggup ni demi keluarga tercinta. cewah! macam takda kena mengena. haha
Okaylah merapu dah. huhu tapi nak bercerita ni, selama tak ber-blogging ni banyak sgt kisah menarik dan tak menarik yg pernah aien alami. alahai drama sangat! :'( haha tapi itulah kenyataan, kita takan sentiasa rasa happy kan, mesti akan ada rasa sedih. bak kata orang, hidup takan sentiasa diatas, kadang kala kita akan berada dibawah :) ye dak? hihi okaylah tanak cita sedih, nak cita happy2 je dlm ni :D
Alhamdulillah 13/06/15 aien telah menjadi tunangan orang. tunangan siapa tu? ehem! siapa kenal aien dari sekolah mesti tahu siapa jejaka pilihan aien. hehe Alhamdulillah selama 7tahun berkawan akhirnya aien diikat dgn tali pertunangan dengan cinta hati aien Nik Mohd Shahriza #Aieniq :)
banyak sangat suka duka kami selama berkawan tau.paling hebat dugaan dengan cita hati ni masa tahun 2014 :'( haha dahlah, tanak ingat dah. yang berlalu biarkan ia berlalu! cewah! hehehe meh nak share sikit gambar tunang eh :* hehe hasil photo dari kawan masa kerja praktikal dulu sampai sekarang rapat. awww so cuweeet! hahaha if korang nak photo murah pergi tanya dia, dijamin superb! hehe ni lah photographer aien masa tunang hari tu Ted M Afandi ♥
thank you teddy for the nice pictures ♥ hehe ni gambar raw tanpa edit ye. saja nak letak yg tak edit sbb nak cakap tak edit pun cantik. hahahaha gambar banyak sangat. nanti letak gambar lain pulak. heee
Harini dah 7 bulan lebih jadi tunang si dia dan inshaaAllah taklama je lagi nak jadi pasangan yang sah! tak sabarnya. hehe sabar ye aien sabar :) doakan yang terbaik untuk kami berdua ye korang ;)
ada jugak cerita sedih yang aien nak kongsikan, hm atuk aien dua dua belah telah menghadap ilahi :'( sedihnyaaa rasa hanya Allah je tahu :/ dua dua atuk aien sempat tgk aien tunang tapi tak sempat nak tgk aien naik pelamin :'( lagi2 atuk aien belah ibu, aien ni cucu kesayangan tau! apa2 mesti dgn aien. hmm bising ke sayang ke smua dgn aien. hehe rinduunyaaa :'( semoga kedua2 atuk aien ditempatkan bersama org2 yang beriman. aamiin!
ada lagi cerita ni, banyak sgt yang nak bercerita ni sampai tak sempat nak tunggu esok :p hehehe tak sabar nak tunggu hari bahagia nanti, wahhh! taklama jadi bini orang dah. macam takpercaya. dah besar dah kita. hehe aien sekarang kerja dekat company wedding photography so korang dah boleh agaklah kan siapa photographer aien nanti? mestilah tempat company aien kerja ♥ PEVEYHACK PRODUCTION siapa pernah dengar? siapa yg tahu tu tahu lah and siapa taktahu tu haa pergilah bukak page tu. confirm terpegun tgk gambar. hehe aien sendiri tak sabar nak tunggu! haha meh nak tunjuk sikit gambar2 yg company aien shoot ;)
terpegun ke tak? hihi ada rasa nak kahwin tetiba tak? hehehe company aien pun ada IG tau ♥ pergi lah follow @PEVEYHACKPRODUCTION . pengalaman kerja dalam company ni best sangat! nak pulak staff ofis semua masuk kepala memang best lah. bos pulak sporting walaupun kekadang aien takut gak. haha yang paling seronok aien g kerja jalan kaki je sbb ofis depan rumah, korang rasa? haha syukur sangat :) shooter2 lagilah, masing2 masuk air. hehe kalau korang nak kahwin tu, ambik dgn company aien confirm korang tak bosan bila shoot sbb photographer videographer semua friendly tahap sampai malas nak layan. ahhahaha
okaylah, penat dah menaip ni. esok aien nak sambung cerita korang jangan bosan tau. muahh sikit! :* hehe
AIEN ROSDI : Semoga apa yang dirancang dipermudahkan. Aamiin!!
♥ ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH ALLAH , ILOVEYOU ALLAH ♥
blog yang dah berhabuk
10 January 2014 | 4:17 AM | 0 candie blossom
ASSALAMUALAIKUM
Selamat Petang kawan2 . *jerit* hello! anybody here!? ada orang tak? ada tak? ada ke lagi orang nak baca blog aien ni :'( lama sangat dah tak update nya pun. sedih sangat! hope ada lagi laa pembaca setia blog aien ni yee. maaf ler lama sangat dah tak update. hukhuk!
wuhuuuu! macam lama sangat je tak update blog. memang setahun sekali kot update blog skang ni. amboi busy mengalahkan orang bekerja. hihi tapi bole diterima lagi busynya sebab aien kan student skang. hihi memang takda masa nak update. masa cuti sem pun busy kerja, mcm mana tu? haha skang da masuk sem 3 . yehuuuu! haha *excited terlebih plak*
last update pasal nak teater. itupun masa awal2 sem lepas. sangatlah lama dan berhabuk ye anak2 sekalian. kesian blog aien ni. hukhuk! 6 7 lebih bulan kau tak update. ada jugak tanya bila nak update , asyik nampak entry sama je. maaf ler kawan2, takda masa. lagi satu tenet kekadang ada kekadang takda. kalau ada pun tak on laptop pun. hihi payah aih gitu pun.
skang masuk sem baru , sem 3 . hmmm result sem lepas? kecewa :'( sedih! tamo lah cita. tamo ingat result sem lepas. mulakan dengan result yang lebih baik sem ni. Insyaallah. amin! sem ni , aien duduk balik kamsis. kamsis? apakah? asrama la sayang. hihi tanak lah duduk luar lagi. banyak main! ish aien ni la. banyak main sgt -.- kan da teruk dah result tu. tp Alhamdulillah lah sebab takda repeat. bersyukur sangat. hihi
sem ni kena banyak membaca. ni lah lemah ni. baca je. hukhukk guana ni? kena study jugak. study untuk tingkatkan pointer. elokkan balik pointer. janganlah malas aien oi. jangan malas -.- asyik buat kerja last minit je. payah betul aien ni tau. haish laa!
takda motif pun gambar atas ni. saja nak tunjuk muka comel yang dah lama tak update blog ni.. kot2 laa rindu ke kan? ada tak ada tak org rinduuu? hihi perasanyaa dia! tapi dalam gambar ni menunjukkan perasaan aien tau. tgk cita bawah ni. hihi cita geram sedih happy semua ada. hihi
nak tahu tak kawan2 , nak ngadu ni. nak sedih jap dlm ni. bole yee? hihi rabu lepas ada perjumpaan dengan warden , nak tahu. ada spotcek plak lah dekat kamsis aien -.- terkejut beruk mak tau! dalah poli aien takbole pakai seluar jeans. sedih sangat. kalau bawak kena rampas. memang padan muka cita dia. tp nasib masa spotcek tu dia tak rampas jeans sbb bagi peluang balik anta kat uma. ingat aku nak anta? mmg taklah -.- *nampak tu ciri2 student yang degil* hihi belum apa2 dah tunjuk perangai. haha
berita mengejut lagi, start minggu depan kalau nak outing kena pakai baju kurung. ada ke patut? jenuh lah nak keluar je pakai baju kurung. hmmm nak mengajar kami jadi lebih ayu kot. kot laa kan? hmm takpalah takpalah. ayu lebih sikit aien lepas ni walaupun sebenarnya dah ayu dah. eh? ayu ke? haha
hari 1st day masuk belajar awal2 dah kena tegur dengan Ketua Jabatan aien sebab pakai seluar slack. ni lagi satu pulun , seluar slack takleh nak pakai dah. kalau KJ aien nampak kena saman rm50. free free duit melayang kat situ je nanti, ceh! baju kurung jugak ataupun baju muslimah kau. amikk! haha siapa datang lewat lebih pukul8 kena tahan dekat tempat guard lepas tu pukul9 baru bole lepas. nampak tak macam sekolah dah poli aien? nampak tak? makin ketat oi rules poli. sedih ngat aih!
walau apapun , aien tetap sayang poli aien. haa nampak tu permainan dia kat situ? haha bilik kamsis aien lawa besau k. *mcm takda motif je* hihi tu je nak bangga. tp bilik bersepah. biasalah aien. haha tp bersih k kalau dah kemas. haha macam takda motif je cita pasal ni. hihi
tu nampak tu. bestfriends aien dekat poli ni. ehem! dari sem 1 sampai sekarang Alhamdulillah kami tetap bersama. kemana saja aien pergi, mereka pasti ada tau! memang kekadang tu ada je yang terasa antara kawan2 tapi lama2 pasti okay. terasa macam mana pun kami insyaallah akan berbaik. sayang mereka sangat tau! nak buat kerja gila nak buat kerja tak betul kerja baik dengan dorang jelaa. hihi kemana mesti ada kami. hihi kalau ada apa2 masalah mesti kteorg akan share. tak kira lah teruk mana pun masalah tu, pasti akan share. wahhhh sweet tak kami? krik krik~ haha Insyaallah aien sayang mereka sampai akhir hayat aien. semoga persahabatan kami kekal selamanya. aien sayang mereka sangat! amin! wahhhh nak nangis plak rasa. hihi
haa mereka berdua plak, masa cuti sem tak pernah jumpa dah si seluar coklat tu. mana pergi tah. rinduuu kemain lagi kat dia. wehhh gila! kau tak rinduu aku ke? :'( mana kauuu!? benci ahhh! hmm yang sepet sebelah aien pakai shawl tu pun lama dah aien tak jumpa. rinduu sangat! masa cuti sem pun jumpa sekali 2 je kot. sedih sangat! rindu nak menggila dengan dorang berdua. korang tak rindu aku kee? :'( sedih sangat! rinduu korang sangat! nak nangissss! :'( raya cina ni jomlah jumpaaa! tanak jumpa ke? :'( haaaa! mana korang mana korang? rindu korang!! faham apa itu erti rinduu! mohon rasa bersalah :'( hihi apapun aien tetap sayang dorang. dorang ni pun bestfriends aien. sayang mereka sampai akhir hayat aien tau!
ejaaaa! ni lagi sorang kwn baik aien. kwn baik masa kat tempat kerja and still rapat sampai skang. haaa kalau aien ada kat kajang , nak kelua mesti dgn dia ni. hihi dia ni jelaa yang selalu dgn aien kalau kat kajang. kalau duduk dengan dia mmg tak berhenti gelak! rinduuu sangat dengan kau eja! nanti aku balik kajang kita lepak sesama tau! aku rinduu kau sangat weh. sayang kau dunia akhirat :)
haa si kecil 4org ni plak. gua rindu ini 4org budak gila2 punya. *ajet gangster plak* haha yang hujung kiri ni takpayah nk si kecil sangat. dah tua bangka, form 3 dah pun. haha dari kecik sampai laa ke besar berkepit je dengan aien. rimas den. nasib la skang da besar. kalau kecik lagi mmg kena humban da dlm tanah asyik nk mengikut je. haha nasib sayang tau! ni yang 3org ni. lagilah rindu. adik sedara yang sebumbung dengan aien. pagi2 kalau dekat uma tak sah kalau 3org ni terpekik terlolong dalam uma tu. nak2 si abang 2org ni. rasa macam nak campak dedua tu ke laut. bising sangat! haha tp semua manja dengan aien. memang rindu sangat nak dgr suara dorang. aihh rinnnduuunyaa! kalau balik je mesti tak sabar nak jumpa dorang. asal balik je , muka ni laa dorang mintak mainan. penat aih melayan pun. haha sabo jelaaa. rinduu dorang ni sangat!
ni atuk dengan arwah nenek aien. hee nak tahu, aien rindu sangat dengan nenek aien :'( da setahun lebih arwah tinggalkan aien. aien rindu nak dengar suara arwah nenek aien. arwah nenek selalu pesan dekat aien "dah besar belajar elok2 dapat kerja bagus2" rindu nak dengar suara nenek. rindu nak dengar nenek bising bila aien kelua balik lambat. rindu nak tgk nenek merajuk dengan aien. yang paling aien rindu , aien rindu nak masakkan untuk arwah nenek aien. aien ingat lagi, masa tu aien nak pergi kerja tp aien kena masak dulu untuk nenek. masa kat tempat kerja tiba2 adik anta voicenote. bila aien bukak aien dgr suara arwah yang cakap. dia cakap mcm ni "hmm pandainya cucu nenek ni masak, sedap sgt" masa dgr tu sumpah aien tergelak. malu pun ada. Ya Allah, rindunyaa aku dekat arwah :'( nenekkk! akak rinduu nenek! :'(*lap air mata* semoga nenek ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Al-Fatihah :')
atuk aien plak. aien bangga tgk atuk aien. atuk kuat lagi. Alhamdulillah. masa arwah nenek meninggal aien kesian tgk atuk. asyik menangis je tp bila depan org atuk biasa je tak nampak mcm sedih tp bila atuk duduk sorang2 mesti dia nangis. aien pun sebak tgk atuk. kesian atuk :'( aien sayang atuk aien sangat. bila aien kat asrama, atuk selalu call. hee cucu kesayangan jauh. kesian atuk. hmm atuk pernah cakap kat efa yang aien ni cucu kesayangan nenek aien. masa tu aien dgr efa cakap aien jadi sedih. ahhh rinduunyaa dekat arwah nenek :'( hmm *emm em korang jangan nangis plak* hihi hmm
ahhh tidak! eyebag eyebag! bencinyaaa! macam mana nak hilangkan eyebag? nak kena tak cukup tido macam terlebih tido je tp eyebag ni tetap ada. hukhuk! sedih sangat! gambar ni pun takda motif. saja nak bagitahu aien dalam kelas sempat lagi bergambo. suka hati kau je aien --'
aien rasa dah takda apa dah aien nak cakap. hari ni cuti dan aien tak kemana so aien mengambil masa untuk mengupdate blog aien. hihi thanks kepada sesiapa saja yang sudi baca blog aien. nangis tak? haha so suweet! rasa macam seronok sangat bila dapat update blog. rinduu sangat! hope tak bosan baca. hihi
AIENROSDI ; mengharapkan result sem ni meningkat dan takda repeat. amin! thanks ye kpd sesiapa yang sudi lagi baca blog aien yang dah lama gila tak diupdate. hihi sayang korang tau! ♥
♥ ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH ALLAH , ILOVEYOU ALLAH ♥
Titik Mula Titik Akhir ♥
13 July 2013 | 12:09 AM | 0 candie blossom
ASSALAMUALAIKUM
selamat petang semua! ehem! sihat tak? sihat tak? hihi puasa tak puasa tak? laki jangan bagi alasan tak puasa ye? tumbuk nanti! haaa nampak tak garangnya aien dekat dalam ni. hihi gegirl tu yang tak puasa boleh terima lagi tapi jangan tipu tau! dosa *goyang jari telunjuk* gituuu! hihi
Titik Mula Titik Akhir ? tahu tak apa sebenarnya tu? hihi tanya lagi aku ni? tentulah ada yang tatahu. act tu tajuk teater. Teater Titik Mula Titik Akhir. teater ni cerita tentang orang2 pengemis yang berangan nak jadi orang kampung lepas tu berangan nak jadi orang bandar tapi akhirnya mereka sedar kat mana mereka patut berada. haaa gituuu kau! hihi .
dalam cerita ni ada jugak unsur lawak, ada unsur lucah sikit tapi takdalah nampak sgt kot. hihi siapa yang faham cerita ni pasti akan tahu part mana. tapi serious lah, boleh tahan cerita ni. kalau aien ada video , Insyaallah aien akan post dalam FB ataupun blog aien ni k? hihi
cerita ni aien rasa best kalau kita faham jalan ceritanya. siapa yang tak berapa minat dengan teater mungkin tak berapa nak tertarik dengan cerita ni. sebenarnya best tau! hihi
act teater ni berlangsung dekat Poli aien last week. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim. haaa gituuu! hihi teater ni pernah wakil Poli pergi bertanding dekat luar. Poli aien je politeknik, yang lain semua kelab2 teater. Pengalaman lah dapat buat dekat luar. hebat tu! hihi
aien join teater dalam poli aien. macam tak percaya. hihi padahal sebelum ni taktahu apa2 pasal teater. ntah macam mana boleh ter-join sekali. hihi tapi takdalah berlakon. tolong belakang tabir ke. hihi masa teater ni berlangsung , aien jadi penari kampung! hihi ini lawak! segan ceq oi tp kan seronok. hihi
latihan dalam masa seminggu je. walaupun penari2 menari sekejap je atas pentas tp latihan macam kami semua berlakon, setiap malam turun kekwa buat latihan. hihi tapi serious syok! senior semua okay. junior pun okay! semua boleh masuk! haha nak tahu, join teater tu aien sorang je sem 2 -.- yang lain semua ada gang! sadis betul! huhu
masa teater ni berlangsung bole tahan penuh jugaklah dewan tapi sayang masa dah tgh cerita baru penuh dewan. budak2 kamsis datang lambat sangat. ada yang tak puas tgk sbb dapat tgk kejap je. kesian dorang. takpa2 Insyaallah bulan 10 ni ada lagi teater lain. hihi
okaylah, macam banyak cakap je aien dalam ni. hihi aien nak tunjuk gambar sikit masa teater ni berlangsung. banyak gambar backstage la. biasa ler, kami semua kena tggu backstage. hihi
make-up time! nampak tak nampak tak siapa yang make-up kan tu? *angkat kening* hihi bajet hebat tu make-up orang padahal tareti nak make-up pun. hentam je tu. sorry adik adik abang abang yang kena make-up dengan aien tu kalau rasa tak lawo! hihi (Y)
sebelum start, bergambo dulu. macam tak biasa. hihi kebanyakkan gamba dlm ni dengan budak2 junior. adik2 aien. hihi terasa tua pulak bila jadi kakak ni ♥ HAHA
okay , ni antara show atas pentas ye. cari mana aien? haha okay dah jangan cari :p gambar yang last ni lah yang berlakon dlm teater ni :) *hadi , nazrin , amir and kak nad* mereka sangat cool. boleh tahan hebat! ♥ hihi
okay ni antara gambo lepas show. hihi semua lega show dah lepas. muka gumbiraa saja! hihi kalau tak sebelum show semua muka cuak je lagi2 pelakon. hihi kami 1 happy family at home! ♥ hihii
okay cukuplah cukuplah gambo atas tu. banyak sgt dah tu. kalau boleh semua gambo nak letak. penuh sgt pulak nanti. hihi memang best lah masa buat show ni. rasa happening dengan budak2 kekwa. semuanyaa sporting habis! dah macam 1 family dah :) mcm biasa lah ada masalah sikit bila buat latihan , tension sana sini tapi last sekali semua happy balik! hihi siapa2 student PTSB yang baca ni, aien nak ucap thanks sangat sebab hadir menyaksikan teater Titik Mula Titik Akhir ni. korang memang best lah! sambutan yang agak menggalakkan. Insyaallah kalau ada lagi teater pasti akan diberitahu. haaa gituuu! hihi thanks again! :) untuk team2 kekwa , tahniah semua sebab dapat jayakan teater ni dengan baik! hihi especially abg syafiq , anje yang banyak sgt bantu kami semua! hihi lepas tu cikgu tarian yang tolong kami , cik farah guru penasihat . thanks! :) sayang semuaaa! korang semua the best! ♥ AIENROSDI ; ehem! Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, aien ingin mengucapkan Selamat Berpuasa , maaf kalau ada salah silap. harap diampun. ececeh! hihi semoga amalan yang kita buat dia bulan yang mulia ini lebih berkat. amin! Selamat Berpuasaaaa! ♥
♥ ALHAMDULILLAH , TERIMA KASIH ALLAH , ILOVEYOU ALLAH ♥
|